Dapatkan ASUS ZenFone Max Pro M2 (64GB + 6GB RAM) Eksklusif Di Shopee Pada 12.12

469
**********

ASUS ZenFone Max Pro M2 akan dilancarkan secara rasmi pada 11 Disember ini. Sehari selepas pelancaran tersebut, anda boleh membelinya eksklusif di Shopee sempena jualan 12.12 nanti. Menurut Shopee, mereka hanya akan menjual varian 64GB + 6GB RAM sahaja.

Lebih menarik, pengguna boleh membuat pra-tempah telefon pintar ini pada 11 Disember (jam 23.59) di laman rasmi Shopee dan akan menerima ZenFone Max Pro M2 dalam tempoh tujuh hari selepas tempahan tamat. Namun begitu, masih belum ada sebarang harga yang diumumkan oleh pihak ASUS Malaysia mahupun Shopee buat masa ini.

ASUS ZenFone Max Pro M2 adalah sebuah telefon pintar yang memfokuskan kepada pengguna yang suka bermain premainan mudah alih. Dilengkapi paparan skrin 6.3-inci HD+, ianya telah dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 660. Sokong penggambaran dwi-kamera 12MP + 5MP AI, peranti ini telah dibekalkan kamera hadapan beresolusi 13 Megapiksel serta bateri berkapasiti 5,000mAh.

Kepada yang berminat, jangan lupa untuk membuat pra-tempah ZenFone Max Pro M2 pada 11 Disember (jam 23.59) serta mengumpul syiling dan baucer Shopee yang boleh digunakan sempena jualan 12.12 ini.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here