Berkongsi Keriangan Sambutan Krismas, HUAWEI Mengadakan Acara Makan Malam Eksklusif – Huawei Christmas Night

520
**********

Sebagai tanda penghargaan kepada peminatnya, HUAWEI telah mengadakan acara makan malam eksklusif, Huawei Christmas Night yang berlangsung di Poseidon’s Reserve Caviar & Oyster Bar, Kuala Lumpur.

Huawei Christmas Night : Para Tetamu Bergambar Di Photobooth

Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan untuk para tetamu pada acara istimewa tersebut termasuklah Caviar Masterclass daripada Poseidon’s Reserve Caviar & Oyster Bar dan bengkel kecantikan oleh Leekaja Beauty Salon.

Huawei Christmas Night : Bengkel Kecantikan By Leekaja Beauty Salon
Huawei Christmas Night : Tetamu Menjamu Selera

Turut diadakan, cabutan bertuah yang menawarkan peluang memenangi pelbagai hadiah menarik sumbangan daripada rakan niaga HUAWEI seperti Aerocentric, Palm Garden Golf Club, Poseidon’s Reserve Caviar & Oyster Bar, Sheraton Imperial Kuala Lumpur, dan Viu. Para tetamu yang hadir turut menerima cenderahati istimewa.

Huawei Christmas Night : Mate 20 Pro

Bagi memerancakkan lagi majlis, HUAWEI turut mengumumkan mengenai ketersediaan Mate 20 Pro versi terbaharu iaitu 8GB RAM + 256GB bakal bertemu pengguna tempatan pada 22 Disember ini. Berita lanjut KLIK DI SINI.

________________________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here