Banyak Aplikasi Sering Meminta Data Lokasi? Apa Sebabnya?

1068
**********

Bila bercakap mengenai privasi telefon pintar, data lokasi pastinya berada dalam senarai teratas.  Namun masalahnya adalah, banyak aplikasi yang sering meminta kebenaran untuk melihat lokasi peranti. Hmm, anda pula pasti tertanya-tanya mengapa ia memerlukannya kan?

Hmmm..Mengapa agaknya ya?

Baiklah sebenarnya, ia bergantung pada aplikasi. Di mana, terdapat faktor-faktor tertentu mengapa ia meminta kebenaran untuk melihat data lokasi peranti. Ada sesetengah aplikasi memerlukannya untuk berfungsi dengan lebih baik. Namun begitu, masih ada juga sesetengah tidak memerlukannya sama sekali.

Hmmm…Tapi yang mana satu?

Tapi, hey tunggu dulu! Sebelum anda ke tetapan telefon dan mematikan (nyahaktif) data lokasi untuk setiap aplikasi, anda juga sebenarnya perlu tahu aplikasi mana yang benar-benar memerlukan data tersebut.  Apa yang lebih penting, anda juga perlu tahu mengapa sesetengah aplikasi memerlukannya. Contohnya seperti berikut :

_______________________________________________________________________

📌 : APLIKASI CUACA 

Dengan maklumat lokasi yang diperoleh, aplikasi cuaca akan dapat memberikan ramalan cuaca di kawasan perseskitaran anda dengan tepat.

📌 : APLIKASI PETA & PERJALANAN 

Aplikasi navigasi memerlukan lokasi untuk memberi arahan serta membantu anda mencari tempat yang diingini. Selain itu, aplikasi tempahan kereta dan perkhidmatan seperti Uber pula menggunakan data lokasi supaya pemandu tahu di mana untuk menjemput anda.

📌 : APLIKASI BELI-BELAH 

Aplikasi ini memerlukan data lokasi bagi memudahkan anda mencari tempat membeli belah yang terdekat untuk berbelanja.

📌 : APLIKASI SENAMAN 

Aplikasi ini menggunakan maklumat lokasi anda untuk mengesan larian termasuklah jarak dan masa yang digunakan ketika anda melakukan aktiviti senaman.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa tidak perlu pun beri data lokasi. Namun anda harus tahu, tanpa berbuat demikian pastinya anda tidak dapat mengesan aktiviti larian anda. Jadi, aplikasi  tersebut pasti menjadi sia-sia kan?

📌 : APLIKASI KAMERA 

Seterusnya, aplikasi kamera juga boleh menggunakan data lokasi anda. Di mana pada kebiasaannya, maklumat tersebut akan digunakan untuk memasukkan lokasi ke dalam data EXIF pada sesebuah foto.

📌 : APLIKASI STREAMING 

Kebanyakan aplikasi live streaming memerlukan lokasi anda bagi mengesahkan beberapa ciri tertentu, terutamanya untuk aplikasi penstriman sukan.

________________________________________________________________________

Baiklah, senarai di atas merupakan antara aplikasi yang dapat kami kongsikan kepada anda. Berharap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu! Kini, anda pasti sudah faham, mengapa kebanyakan aplikasi sering meminta kebenaran untuk melihat data lokasi peranti kan? Hehe! *kenyit mata*

[SUMBER]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here