Apple Mempatenkan Rekaan Peranti Pintar Dengan Paparan Skrin Boleh Lipat

780
- Iklan -

‘Trend’ peranti dengan rekaan paparan boleh lipat nampaknya semakin menjadi-jadi. Bermula dengan Samsung, kemudiannya Huawei, OPPO dan banyak lagi. Namun, agak mengejutkan apabila Apple pun dikatakan bakal melakukan perkara yang sama.

Memetik sumber, Apple telah menfailkan reka bentuk peranti versi boleh lipat mereka pada Mac 2018 dan kini didedahkan secara terbuka oleh Pejabat Paten & Tanda Dagangan AS. Peranti boleh lipat versi Apple memperlihatkan rekaan yang boleh dilipat menerusi dua cara – secara ke dalam / ke luar.

Apple juga dikatakan telah mencipta sejenis lapisan yang menggabungkan polimer dengan serpihan pigmen untuk digunakan pada peranti tesebut bagi tujuan mengukuhkan skrin peranti agar dapat diputar dan dipusing tanpa retak.

Pun begitu, senarai maklumat berikut hanyalah ‘rumors’ sahaja dan permohonan pattern bukanlah bermaksud pengesahan sebenar. Untuk perkembangan lanjut, stay tuned bersama eRing okay!

[SUMBER]

______________________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here