Alami Perjalanan Pintar Dengan Smart Calendar Menerusi Huawei Mate 20

262
**********

Revolusi dalam telefon pintar pastinya banyak membantu pengguna pada ketika ini khususnya ketika kewujudan kecerdasan buatan (AI). Disebabkan itu penjadualan kalendar bagi Huawei Mate 20 pastinya telah ditambah baik dengan konsistensi dalam memberikan lokasi semasa, ramalan cuaca, aturan mesyuarat dan maklumat yang berkaitan.

Dengan Huawei’s smart calendar, pengguna tidak perlu menyalin alamat untuk mengemudi sebelum pergi untuk mesyuarat. Apa yang perlu dilakukan oleh pengguna ialah ‘clock’ pada map thumbnail di dalam kalendar tersebut, dan ia akan mengemudi secara terus ke destinasi. Antara muka peta juga membenarkan anda untuk melihat maklumat mengenai destinasi anda.

Tambahan lagi, real-time weather forecast membenarkan pengguna untuk melakukan persediaan seperti menyediakan pakaian tambahan bagi memberikan anda pengalaman perjalanan yang baik. Dalam pada itu, Huawei Mate 20’s smart calendar menyokong pengguna dengan memperlihat jadual menyuarat dan maklumat perhubungan.

Huawei Mate 20’s Smart Calendar juga merekod setiap perjalanan secara automatik dan intuitif. Hal ini bemakna ia mampu merekodkan maklumat penerbangan, kereta api, hotel dan maklumat tempahan. IA juga boleh merekodkan apa yang perlu dilakukan, peringatan perjalanan dan perancangan. Ia juga membenarkan pengguna untuk berkongsi jadual perjalanan dengan menggunakan dua jari untuk menghidupkan rakaman skrin atau membenarkan screenshot.

Selain daripada itu, Huawei Mate 20 menawarkan ciri Terjemahan Hi-Touch, membantu pengguna untuk mengembara ke luar negara dengan keupayaan untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan. Menghidupkan ciri dengan menekan dengan dua jari, kesemua maklumat teks pada skrin boleh dikenal pasti dan diterjemah secara automatik ke dalam sistem bahasa. Ia mampu menyokong sehingga 10 bahasa.

Huawei Mate 20 dijual pada harga yang menarik iaitu RM2,799, dan boleh dibeli di Huawei Experience Stores, syarikat telekomunikasi utama, pengedar sah dan Huawei Online Store.

Bagi mendapatkan malumat Huawei Malaysia dan produk-produk yang berinovasi dari syarikat gergasi teknologi global, sila layari laman sesawang Huawei atau ikuti huawei di laman rasmi Facebook Huawei .

Baca juga:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here