Acer TravelMate X3310 Ditawarkan Pada Harga RM4,099 – Teman Profesional Anda

182
**********

Buat golongan profesional pula, jangan bimbang kerana Acer Malaysia tidak melupakan anda apabila melancarkan Acer TravelMate X3310. Ia merupakan sebuah komputer riba kelas perniagaan yang sesuai untuk melaksanakan pelbagai tugasan dan menyempurnakan tugasan harian yang banyak.

Dikuasakan oleh pemproses Intel Core generasi ke-8 bersama Windows 10 profesional, peranti ini dilihat mampu meningkatkan produktiviti perniagaan ketahap yang lebih tinggi. Selain itu, ia turut didatangkan dengan memori sehingga 32GB DDR4 dan 256GB M.2 PCle SSD.

Disertakan dengan FHD bersaiz 13.3 inci dengan ciri Acer Bluelightshield dan Comfyview yang telah dipaternkan berfungsi untuk melindungi mata, menawarkan imej yang lebih jelas, teks yang lebih tajam dan pengalaman melayari Internet yang lebih baik.

Apa yang menarik, ia juga direka agar tahan lasak bersama bukaan 180 darjah untuk posisi rata. Ini membolehkan pembentangan dikongsi bersama rakan-rakan sekerja secara lebih fleksible. Peranti ini telah mendapat ujian ketenteraan Amerika Syarikat. Apa yang menarik, ia mampu tahan jatuh dari ketinggian mencecah 122cm.

Acer TravelMate X3310 dijual pada harga RM4,099 dan boleh dibeli di semua kedai jualan rasmi dan penjual sah Acer yang terpilih bermula HARI INI.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here