Acer Memperkenalkan TravelMate X514 – Harga Bermula RM 4,499

1170
**********

Acer Malaysia hari ini memperkenalkan produk terkini keluaran mereka untuk pasaran tempatan iaitu Acer TravelMate X514. Pengenalan TravelMate X514 adalah komputer riba kelas perniagaan yang menjanjikan pengalaman multimedia terbaik.

Acer TravelMate X514

TravelMate X514 hadir dengan paparan bersaiz 14 inci dan pilihan CPU Intel Core i5 dan i7 generasi ke lapan sekaligus menjadikan komputer riba ini sangat pantas untuk membuat kerja. Melengkapinya juga adalah memori 8GB RAM dan pilihan storan sehingga 512GB SSD.

Acer TravelMate X514

TravelMate X514 memiliki dimensi berukuran 329 x 228 x 14.9mm dan memiliki berat sebanyak 0.98kg dan rekaannya juga menarik sekaligus memudahkan ia dibawa ke mana-mana. Jangka hayat baterinya mampu mencecah sehingga 10 jam dan boleh didapati pada harga berikut :

📌 TravelMate i5 (256GB) – RM 4,499
📌 TravelMate i5 (512GB) – RM 4,699
📌 TravelMate i7 (512GB) – RM 5,299

__________________________________________________

Menerusi majlis tersebut juga, pihak Acer turut memperlihatkan kelibat Acer Swift 5 iaitu komputer riba paling ringan di dunia hadir dengan skrin bersaiz 15.6 inci dan berat kurang daripada 1 kilogram (990g).

Selain itu, Acer turut memberitahu pengemaskinian kini tersedia pada sebilangan produknya termasuklah Acer Swift 3, Acer Aspire 5 dan Predator Orion 3000. Tanda harga untuk peranti- peranti tersebut adalah seperti di bawah:

Acer Aspire 5 (upgrade spec)

📌 Acer Aspire 5 (i5) – RM 2,699
📌 Acer Aspire 5 (i7) – RM 3,599

Acer Swift 3 (upgrade spec)

📌 Acer Swift 3 i5 (128GB) – RM 2,899
📌 Acer Swift 3 i5 (256GB) – RM 3,599
📌 Acer Swift 3 i7 (512GB) – RM 4,399

Predator Orion 3000 (Berita Lanjut)

📌 Predator Orion 3000 (i5) – RM 3,999
📌 Predator Orion 3000 (i7) – RM 5,399

Bagi segmen monitor pula,  Acer terus memperkenalkan Acer ED323QURA (Gaming Monitor) dan Acer ET322QK (Professional 4K UHD Monitor). Acer ED323QURA hadir dengan paparan 31.5 inci 4K UHD. Manakala, Acer ET322QK pula dilengkapi skrin bersaiz 31.5 inci bersama rekaan lengkung. Kedua-duanya ditawarkan pada harga RM 1,499 seunit.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here