Huawei AppGallery Beri Ganjaran Buat pengguna Huawei Dan Honor

393
**********

Musim keriangan diteruskan apabila pengguna Huawei dan Honor boleh gembira dengan hadiah dan tawaran yang akan menanti mereka iaitu Huawei AppGallery Carnival akan dijalankan dari sekarang sehingga 31 Disember 2018.

Apa yang pasti, Huawei AppGallery akan memberikan pelawaan eksklusif kepada peminat yang bertuah ke Huawei Christmas Night pada 20 Disember 2018. Kesemua peminat yang bertuah akan menerima buah tangan eksklusif dan hadiah cabutan bertuah ehsan daripada rakan jenama Huawei iaitu Aerocentric, Palm Garden Golf Club, Poseidon’s Reserve Caviar & Oyster Bar, Sheraton Imperial Kuala Lumpur dan Viu. Apa yang perlu dilakukan ialah membeli dan muat turut apa-apa aplikasi sebelum 14 Disember ini bagi melayakkan anda untuk menjadi 10 pemenang yang bertuah.

Dalam pada itu, anda juga berpeluang untuk mendapatkan baucar tunai daripada LAzada dan Starbuck yang bernilai RM400 dan berpeluang untuk memenangi sebuah Mate 20 Pro dengan pembelian mana-mana aplikasi di AppGallery Carnival collection. Pengguna yang memuat turunCarnival Themes collection pada Huawei Themes App, turut berpeluang untuk memenangi hadiah ini.

Dalam pada itu, dengan memuat turun mana-mana aplikasi untuk mendapatkan ganjaran seperti tiket wayang percuma daripada TGV, Diskaun 20% sehingga Zalora, RM20 cashback daripada SHopback, baucer tunai RM10 daripada Eatigo dan banyak lagi.

Pengguna yang mempunyai jumlah terkumpul yang tertinggi bagi pembelian tema berbayar akan membawa pulang hadiah utama iaitu Mate 20 Pro.

Bagaimana cara untuk mendapatkan ganjaran-ganjaran yang diberi? mudah sahaja dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut.

  1. Log masuk Huawei AppGalerry dengan Huawei ID anda. Anda boleh mendaftar Huawei ID yang baharu dengan email atau Nombor telefon. Jika anda mendaftar menggunakan nombor telefon, sila pautkan sekali email anda.
  2. Muat turun mana-mana aplikasi atau game daripada AppGallery Carnival collection di AppGallery atau beli mana – mana tema di dalam Carnival Themes collection di Huawei Themes Apps
  3. laksanakan sebarang jenis jumlah bayaran dalam applikasi atau beli tema yang berbayar.
  4. Anda secara automatik berpeluang menyertai Huawei AppGallery Carnival
  5. Mula untuk muat turun dan lakukan pembelian di dalam aplikasi di Huawei AppGallery untuk menikmati ganjaran yang bakal diberikan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Huawei AppGallery Carnival, layari link ini dan bagi mengetahui terma dan syarat penyertaan, lihat di pautan link Faceook ini.

Baca juga: 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here