Keriangan Sambutan Krismas Bersama HUAWEI

267
**********

 


Keriangan sambutan hari Krismas di Malaysia pastinya disambut dengan girang dan meriah. Justeru, Huawei juga tidak ketinggalan untuk meraikannya dengan melancarkan “Snowy Christmas” dengan koloborasi bersama Pavilion pada 1 Disember 2018.

Pengunjung pastinya tertunggu-tunggu menyaksikan salji apabila muzik krismas dipasang dan cahaya festival bermula. Pengunjung boleh merasai pengalaman tersebut setiap hari dari 1 sehingga 25 Disember 2018 pada jam 8 malam.

Perhatikan Santarina Huawei untuk mendapatkan hadiah atau mengambil gambar snowfie di photobooth. Cetakan segera disediakan di Gedung Pengalaman Huawei di Pavilion Elite, aras 5.

Keriangan tersebut bukan sahaja disambut di Pavilion, tetapi juga di beberapa kawasan lain di Penang iaitu di Sunway Carnival pada 2 petang dan 8 malam bermula 1 Disember dan setiap hujung minggu sehingga pada hari krismas. Manakala di AEON MALL Tebrau City, Johor Bahru, dan AEON MALL Kuching Central, Sarawak, bermula dari 21 sehingga 26 Disember pada 6 petang dan 8 malam setiap hari.

Beberapa promosi juga turut berlangsung sepanjang musim perayaan ini bermula dari 1 Disember 2018 sehingga 1 Januari 2019. Bagi setiap pembelian Huawei Mate 20 series, pembeli akan mendapat Professional tripod stand. Selain itu, 20 pembeli Mate 20 X akan membawa pulang flip cover dan M-Pen. Pembelian model terpilih yang lain akan menerima edisi terhad Huawei Xmas canvas bag.

Selain itu, Huawei akan menawarkan baucer makan hotel mewah yang mana nilai keseluruhannya ialah RM50,000 untuk cabutan bertuah apabila pengguna mendaftar maklumat mereka selepas membuat pembelian di mana-mana kedai Huawei atau Huawei Online Store.

Huawei turut meraikan peminatnya dengan majlis khas Huawei Christmas Night pada 20 Disember di Kuala Lumpur yang mana barangan dan cabutan bertuah ehsan daripada rakan kongsi Huawei, Aerocentric, Palm Garden Golf Club, Poseidon’s Reserve Caviar & Oyster Bar, Sheraton Imperial Kuala Lumpur dan Viu. Jemputan akan diberikan kepada peminat yang bertuah melalui penyertaan mana – mana aktiviti yang disebutkan tadi.

Dalam pada itu, Huawei juga turut melaksanakan cabaran “Huawei Snowy Christmas Photo Challenge” di mana-mana lokasi-lokasi salji tadi. Muatnaik gambar anda di Facebook dengan tanda pagar #huaweisnowychristmas dan Huawei watermark. Top 10 gambar yang paling like akan memenangi jemputan ke Huawei Christmas Night.

Keriangan tidak terhenti di situ, apabila Huawei meraikan pengguna pada 12.12, pengguna boleh mendapatkan pelbagai hadiah percuma dengan pembelian terpilih. 10 pembeli terbanyak pada hari tersebut akan mendapat jemputan ke Huawei Christmas Night.

bagi pengguna yang belum memuatnaik Huawei VIP app, digalakkan untuk mendaftar dan mendaftar akaun anda. pengguna Mate 20 Series, P20 Series, Nova3 & 3i yang paling menggunakan Huawei VIP app akan menjadi pemenang untuk menerima jemputan ke Huawei Christmas Night.

Selain itu, pengguna Huawei AppGallery boleh menjadi beberapa individu bertuah untuk memenangi jemputan menyertai pemenang yang lain ke Huawei Christmas Night. Apa yang perlu dilakukan ialah membeli dan memuat turun sebarang aplikasi sebelum 14 Disember dan berpeluang untuk menjadi 10 yang bertuah.

Untuk maklumat lanjut berkenaan HUAWEI Malaysia dan produknya, bolehlah melayari laman sesawang HUAWEI  atau ikuti Facebook Rasmi HUAWEI.

baca juga: 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here