11street, SOUL Electronics Jalin Kerjasama Perkenal Run Free Pro Bio – RM699

268
**********
11street x SOUL Electronics Jalin Kerjasama Perkenal Run Free Pro Bio

11street dengan kerjasama SOUL Electronics hari ini secara rasminya memperkenalkan fon telinga tanpa wayar kecerdaaan buatan (A.I) pertama di dunia dikenali sebagai  Run Free Pro Bio ke pasaran tempatan.

Direka khas untuk menjadi ‘jurulatih peribadi’, Run Free Pro Bio merupakan fon telinga pertama yang dibina dengan Beflex BiomechEngine® dan latihan suara masa sebenar bagi memantau corak sekaligus meningkatkan keberkesanan larian.

Run Free Pro Bio

Menerusi teknologi analisis GAIT, Run Free Pro Bio bersama-sama aplikasi SOUL FIT akan menganalisis corak serta menyediakan data terperinci berkaitan keadaan larian bagi meningkatkan prestasi dan meminimumkan risiko kecederaan.

Run Free Pro Bio menawarkan rekaan sangat ergonomik di samping kancing telinga yang boleh ditukar ganti bagi memastikan fon telinga sentiasa terletak sempurna. Ia juga menawarkan masa penggunaan sehingga 11 jam waktu bermain.

Dari kiri : Ketua Pegawai Pemasaran 11street, Jenny Tay & Pengurus Perniagaan Serantau SOUL Electronics Limited, Terry Ho

Tersedia dalam dua warna menarik iaitu Passion Red dan Power Grey, ia kini boleh didapati pada harga RM 699. Bagi yang berminat, pra-tempahan boleh dibuat melalui gedung atas talian, 11 Street bermula HARI INI hingga 12 Disember 2018.

Pelanggan yang membuat pembelian, layak nikmati manfaat pertukaran 1-on-1 dalam tempoh satu tahun (tertakluk pada terma & syarat). Pelanggan juga akan menerima kupon kredit bernilai RM 200 setelah membuat pengesahan pembelian.

Run Free Pro Bio

Tidak ketinggalan, SOUL Electronics turut menawarkan potongan harga sehingga 20% untuk sebilangan produk terpilih keluaran mereka bermula HARI INI hingga 31 Disember 2018. Bagaimanapun, tawaran ini tidak termasuk untuk pembelian Run Free Pro Bio.

______________________________________________________________________

Di samping itu, 11 Street juga tidak ketinggalan menawarkan pelbagai promosi ‘luar biasa’ bersempena jualan 12.12 yang akan datang. Antaranya seperti :

  • Pelanggan mempunyai akses muat turun kupon jenama khas 12.12 bagi 12 jenama utama pelbagai kategori sehingga 90% bermula 5 hingga 10 Disember 2018.
  • Promosi Permainan Krismas – mendaftar masuk setiap hari untuk dapatkan kupon
  • Tawaran Kilat berlangsung mulai 11 hingga 14 Disember, manakala Tawaran ebaucar pula 18 hingga 20 Disember 2018.

Untuk maklumat lanjut, klik DI SINI.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here