Zizan Razak Akan Sertai Peminat Pada Roadshow Honor 8X, Sabtu Ini

830
- Iklan -

HONOR Malaysia, mengumumkan bahawa pelawak dan pelakon terkenal, Zizan Razak akan turut serta bersama peminat pada Sabtu ini, 17 November 2018 di DirectD Digital Mall, Kajang untuk meraikan pelbagai aktiviti yang menarik dan permainan menyeronokkan.

Bermula jam 1.30 petang, peminat akan disajikan dengan pelbagai acara dan permainan yang mana Zizan juga akan turun padang. Beliau juga akan membuat persembahan dengan lagu terbaharunya “Kau Takkan Tahu”.

Pelbagai hadiah manarik akan diberikan kepada pemenang antaranya tiket menonton perlawanan pasukan kebangsaan AFF Suzuki Cup pada 24 November di bukit Jalil dan T-shirt eksklusif daripada honor yang ditandatangan oleh Zizan.

Dalam pada itu, setiap pelanggan yang membeli Honor 8X ketika roadshow itu berlangsung akan menerima HONOR Band 3*, HONOR backpack dan tuala sukan. Ia hanya tersedia untuk 50 pelanggan sahaja.

Honor 8X merupakan model terbaharu daripada Honor yang dijual pada harga RM949. Dilancarkan pada bulan lepas, telefon ini mempunyai saiz 6.5 inci dan dilengkapi dengan Kirin 710 chipset dan 3750 mAh serta nisbah skrin ke kerangka 91%.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan dan promosi yang menarik daripada Honor Malaysia, bolehlah melayari laman sesawang Honor . Anda juga boleh melawat laman Facebook rasmi Honor Malaysia atau Instagram Honor  untuk update yang terkini.

Baca Juga: 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here