Xiaomi Umumkan Harga Bagi Mi 8 Lite & Mi 8 Pro – Harga Bermula RM999

377
**********
Xiaomi Mi 8 Pro hadir dengan panel belakang lutsinar

Sebelum ini kami ada berkongsi dengan anda mengenai dua model terbaharu yang bakal dijual esok iaitu Xiaomi Mi 8 Lite dan juga Mi 8 Pro.

Terbaru, Xiaomi Malaysia telah berkongsi harga bagi kedua-dua telefon pintar ini untuk pasaran tempatan. Mi 8 Pro ditawarkan pada harga RM2,399 yang akan mula dijual pada 10 November 2018. Uniknya peranti ini, ia hadir dengan panel belakang lutsinar berbeza dengan Mi 8 yang dilancarkan sebelum ini. Bukan itu sahaja, Mi 8 Pro juga sokong pengimbas cap jari pada paparan skrin berbanding Mi 8 yang terletak di panel belakang.

Mi 8 Pro

Menampilkan paparan skrin 6.21 inci AMOLED, telefon pintar ini dikuasakan oleh pemproses premium iaitu Snapdragon 845 dengan sokongan 8GB RAM dan 128GB ROM. Bagi segmen penggambaran, ia dibekalkan dwi-kamera utama beresolusi 12MP + 12MP AI yang menerima skor 105 dari DXOmark setanding dengan iPhone Xs Max.

Mi 8 Lite

Bagi model Mi 8 Lite pula, ia hadir dengan paparan skrin 6.26 inci LCD yang dijana dengan cip pemproses Snapdragon 660. Walaupun sebagai peranti pertengahan, sokongan 6GB RAM dan 128GB ROM tetap disediakan pada Mi 8 Lite, selain dwi-kamera utama 12MP + 5MP AI serta 24MP kamera hadapan turut disediakan khas untuk kaki swafoto.

Xiaomi Mi 8 Lite ditawarkan dalam dua varian memori iaitu 4GB RAM + 64GB ROM yang dijual pada harga RM999 dan akan mula dijual pada 10 November 2018. Sementara varian 6GB RAM + 128GB ROM pula dijual pada harga RM1,299 bermula 11 November 2018 dan kedua-duanya hadir dalam pilihan warna Aurora Blue dan juga Midnight Black.

Penggambaran swafoto beresolusi 24MP

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Shopee dan Lazada.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here