Ujian Benchmark Menunjukkan Samsung Galaxy S10 Dengan Pemproses Exynos 9820 Paling Berkuasa Di Antutu!

504
**********

Sudah banyak berita mengenai Samsung Galaxy S10 tersebar. Malah, ada juga ura-ura memberitahu telefon pintar flagship Samsung ini akan dikuasakan oleh pemproses terbaru, Exynos 9820.

Melalui ujian benchmark yang dijalankan oleh Antutu, terdapat satu peranti telah diuji menggunakan kod nombor SM-G975F. Menariknya, peranti ini mencatat markah sebanyak 325,076, jauh lebih tinggi jika dibandingkan markah Kirin 980 dengan catatan puratanya 309,628 markah. Tetapi, ia masih rendah dari markah tidak rasmi yang dikhabarkan milik Snapdragon 8150 iaitu 362,292 markah.

Ujian Antutu yang dikhabarkan milik Samsung Galaxy S10.

Dalam laporan tersebut, dapat dilihat beberapa spesifikasi yang disokong oleh telefon pintar SM-G975F antaranya dioperasikan oleh Android Pie 9.0, dikuasakan bersama pemproses Exynos 9820 dan GPU Mali-G76, RAM sebesar 6GB, storan 128GB serta resolusi skrin 2280×1080 piksel.

Ingin mengetahui apakah pembaharuan yang ditawarkan oleh Samsung pada Galaxy S10? Sama-sama nantikan kemunculannya nanti!

Ujian benchmark ini menunjukkan Huawei Mate 20 Pro berada ditangga teratas setakat ini. 

[SUMBER]

Baca juga:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here