Ujian Benchmark Antutu Terdedah! Prestasi Snapdragon 855 Paling Ohsem!

595

Tahun 2018 kita memperlihatkan pengeluar pemproses terkenal berusaha meningkatkan prestasi cip pemproses mereka, antaranya Huawei Kirin 980 dan Apple A12 Bionic.

Qualcomm Snapdragon sebagai salah satu pengeluar terbesar dikatakan juga bakal melancarkan cip pemproses terkini Snapdragon 855 (8150), ia dijangka hadir di bawah sokongan Unit Pemprosesan Neural (NPU) yang lebih kurang sama seperti Huawei.

Terkini terdedah pula ujian benchmark Antutu bagi Snapdragon 855, skor 362,292 ini merupakan skor tertinggi dalam platform Android masa kini. Melalui maklumat dalam Antutu, Snapdragon 855 menggunakan struktur 1+3+4 dengan frekuensi masing-masing 2.85GHz, 2.4GHz dan 1.78GHz. Penggunaan GPU dipercayai adalah Adreno 640, di mana mempunyai peningkatan prestasi melebihi 20% berbanding Adreno 630.

Prestasi Snapdragon 855 melebihi Kirin 980 sebanyak 16%, manakala melebihi Snapdragon 845 sebanyak 20%. Menurut khabar angin, peranti pertama yang akan menggunakan SD855 adalah Xiaomi Mi 9.

___________________________________________________________

[ Artikel Popular ] Reviu Eksklusif: Xiaomi Mi 8 Lite, Spesifikasi Unggul Yang Mampu Milik

[ Artikel Popular ] Kini, Anda Boleh Dapatkan Honor Magic 2 Di Malaysia – Harga Bermula RM2,799

[ Artikel Popular ] 10 Spesifikasi Padu Siri Huawei Mate 20 Yang Pasti Penuhi Keperluan Pengguna

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here