[Tutorial] 4 Langkah Mudah Pindah Data Daripada Android/iPhone Ke Huawei Mate 20 Melalui Phone Clone!

270
**********

Hadir dengan spesifikasi padu termasuk keupayaan kamera yang cemerlang, kami yakin anda semua sudah mendapat tahu maklumat yang cukup mengenai siri Huawei Mate 20 terutama untuk model Mate 20.

Tidak lagi bercakap mengenai spesifikasi, pada artikel kali ini kami ingin berkongsi dengan anda langkah demi langkah (tutorial) untuk memindahkan data daripada Android/iPhone ke Huawei Mate 20 melalui Phone Clone.

Dah sedia? Okay, jom kita mula….

Pindah Data Daripada Android Ke Huawei Mate 20

Langkah 1 : Muat turun aplikasi Clone Telefon di Google Play dan pasang pada telefon Andoid anda. Untuk Mate 20, aplikasi sudah tersedia di dalam telefon.

Langkah 2 : Buka aplikasi tersebut pada kedua-dua telefon kemudian pilih “This is the New Phone” pada interface utama aplikasi pada Mate 20. Pilih“Android” kemudian kod QR akan dipaparkan.

Langkah 3 : Pilih “This Is The Old Phone” di interface utama aplikasi Phone Clone pada telefon android. Imbas kod QR pada Mate 20 tadi untuk sambungan. (Jika tidak boleh imbas kod QR, anda boleh membuat sambungan melalui Wi-fi tersedia).

Langkah 4 : Pilih jenis data yang ingin anda pindah kemudian tekan “Transfer”. Peranti Mate 20 akan menerima data secara automatik.

Pindah Data Daripada iPhone Ke Huawei Mate 20

Langkah 1 : Muat turun aplikasi Phone Clone di App Store dan pasang pada iPhone anda. Untuk Mate 20, aplikasi sudah tersedia di dalam telefon.

Langkah 2 : Buka aplikasi tersebut pada kedua-dua telefon kemudian pilih “This is the New Phone” pada interface utama aplikasi pada Mate 20 untuk membuat rangkaian Wi-Fi baru.

Langkah 3 : Pilih “This Is The Old Phone” pada iPhone anda untuk mencari nama siaran hotspot Wi-Fi oleh Mate 20. Klik wi-fi tersebut dan masukkan kata laluan. Kemudia tekan “Join” untuk membuat sambungan.

Langkah 4 : Pilih jenis data yang ingin anda pindah kemudian tekan “Transfer”. Peranti Mate 20 akan menerima data secara automatik.

Okay…DONE!! Kini, anda pasti dapat memindahkan semua data termasuk foto, kenalan, aplikasi dan banyak lagi secara langsung selepas mengusai tutorial ini! Selamat mencuba!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here