TikTok Lancar Kempen #runfreefun

218
**********

Musim cuti sekolah telahpun tiba dan TikTok inginkan anda untuk berseronok dan mengekspresikan kreativiti anda dengan aktiviti yang bakal dijalankan iaitu kempen  #runfreefun yang bermula dari 10 sehingga 24 November 2018.

Beberapa artis terkenal tanah air juga turut terlibat antaranya Janna Nick, Nazim Othman, Anzalna Nasir, Shukri Yahaya, dan Saharul Ridzwan yang mana akan menerokai ciri-ciri TikTok dan mencuba cabaran video yang unik.

Rakam video kreatif anda dengan menggunakan tanda pagar #runfreefun dan tag selebriti pilihan anda untuk menunjukkan bakat anda. Siapa tahu, anda mungkin bakal dipanggil oleh bintang pujaan anda.

Berikut merupakan langkah yang boleh anda lakukan untuk menyertai.

Cara untuk menyertai:

  1.  Muat turun TikTok dengan melawati IOS atau Android app stores dan daftar untuk akaun percuma.
  2. Buka aplikasi dan klik tanda ‘+’ pada bahagian bawah menu untuk memulakan rakaman baharu.
  3. Pilih muzik, sticker atau kesan khas yang menjadikan video anda lebih menarik.
  4. klik butang rekod dan berseronoklah mempamerkan pergerakkan anda.
  5.  Klik pada ikon ‘✔’ untuk melihat video, menambah kesan yang menarik atau filter pada video anda.
  6. Klik ‘NEXT’, kemudian letakkan tanda pagar #runfreefun dan tag mana-mana selebriti pilihan anda dan rakan-rakan.
  7. Post video tersebut di TikTok dan sosial media yang lain untuk mendapatkan jumlah tontonan yang lebih banyak.

Beberapa tips juga boleh dilakukan bagi mendapatkan video TikTok yang kreatif dan menarik.

  • Gunakan sticker dan kesan AR.
  • Transisi yang menarik – Klik pada filter atau time effect untuk menetapkan kelajuan video anda.
  •  Skrin duet – Anda boleh berduet bersama artis pujaan anda dengan hanya memilih video yang anda ingin berduet dan tekan butang shre untuk memilih duet option di bawah skrin.

Sama ada seorang beginner atau Pro, muda atau tua, TikTok nyata merupakan sebuah platform yang unik untuk menggalakkan pengguna untuk mengekspres minat dan kreativiti tanpa sempadan. Bagi sesetengah orang, TikTok digunakan untuk mendekatkan diri dengan selebriti yang diminati, rakan-rakan dan sebagainya.

TikTok telah digunakan di hampir 150 buah negara yang menunjukkan bahawa ia merupakan video app yang paling pantas berkembang pada ketika ini.

 

Baca Juga:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here