TERTIRIS! vivo Y95 Hadir Bersama 20MP AI Swafoto!

685
- Iklan -

Baru-baru ini laman sesawang terdedah sebuah peranti baharu yang bakal diperkenalkan dari vivo, iaitu vivo Y95. Walaupun masih tidak diketahui tarikh rasmi bagi model ini, namun boleh dipercayai ia bakal dilancarkan ke pasaran Asia dalam jangka masa pendek ini.

Vivo Y95 adalah peranti pertama dari siri Y yang menggunakan rekaan paparan titisan air, atau lebih dikenali sebagai Halo FullView Display yang sama seperti V11.

Baca Juga:

Skrin 6.22 inci dengan resolusi 1520 x 720 piksel ini menggunakan cip pemproses Snapdragon 439 Octa-core bersama 4GB RAM dan 64GB ROM (sokong kad microSD), ternyata ia juga merupakan peranti pertama yang menggunakan cip pemproses ini.

Menurut gambar tertiris, Y95 selain hadir bersama dwi kamera utama 13MP + 2MP dengan LED Flash, kamera hadapan juga menyokong AI Swafoto dengan resolusi 20MP.

Peranti ini dibekalkan seunit bateri berkapasiti 4,030mAh, di bawah sokongan sistem operasi Android 8.1 Oreo dan antaramuka Funtouch OS 4.5.

Sistem keselamatan pengimbas cap jari masih kekal sama di panel belakang, terdapat dalam dua pilihan warna iaitu Aurora Red dan Starry Black.

[ SUMBER ]

Baca Juga:

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here