[Tertiris] Sony Xperia XZ4 – Telefon Pertama Sony Sokong Tiga Kamera Utama?!

824
- Iklan -

Agak lama Sony tidak mengeluarkan telefon pintar baharu untuk pasaran tempatan bukan? Terbaru, satu gambar yang dikhabarkan adalah model terbaharu Sony telah dibocorkan oleh @onleaks di Internet dan diberi nama Xperia XZ4.

Apa yang menarik perhatian kami, kamera utama telefon pintar ini dilengkapi dengan tiga buah lensa yang disusun secara menegak sekaligus menjadikannya sebagai telefon pintar pertama Sony hadir dengan sokongan tiga kamera.

Bukan itu sahaja, Sony dilihat masih berdegil untuk tidak menggunakan paparan skrin bertakuk serta menampilkan bezel pada bahagian atas dan bawah yang lebih nipis berbanding model sebelum ini.

Menurut laporan dari onleaks, Xperia XZ4 menyokong paparan skrin bersaiz 6.5-inci dengan nisbah 21:9, ketebalan hanya 8.2mm serta tidak lagi dilengkapi dengan port 3.5mm audio jack. Pada sisi kerangkanya, jelas dapat dilihat ia menyokong butang kuasa yang agak besar yang berkemungkinan besar turut diintegrasikan bersama sensor pengimbas cap jari.

[SUMBER 1], [SUMBER 2]

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here