[Tertiris] OnePlus 6T Dalam Warna Cerun Thunder Purple

167
**********

OnePlus 6T telahpun dilancarkan secara rasminya pada 30 Oktober lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di New York dan dijangka akan dijual untuk pasaran Malaysia pada 8 November ini.

Lebih menariknya, pra-tempahan juga telah dibuka bermula 30 Oktober 2018 sehingga 7 November 2018 dan peminat telefon tersebut boleh membuat pembelian secara atas talian di Lazada.

Sebelum ini ada desas-desus mengatakan OnePlus 6T bakal hadir dengan warna cerun Thunder Purple (tampilan warna ungu ke violet). Namun, kehadiran peranti ini akhirnya diketahui selepas imej pergolokan rasminya tertiris sejak semalam.

OnePlus 6T hadir dengan skrin bersaiz 6.41inci Optic AMOLED (2280 x 1080) dengan nisbah aspek 19:5:9. Ia dijana oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 845, RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB berasaskan UFS 2.1 .

Kamera utama 16MP + 20MP manakala kamera swafoto pula 16MP. Melengkapinya bateri 3700mAh dan sebelum ini ditawarkan dalam 2 warna iaitu Mirror Black dan Midnight Black.

[SUMBER1, SUMBER 2]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here