[Tertiris] Adakah Ini Gambar Sebenar Huawei nova 4?!

1054
- Iklan -

Pada artikel sebelum ini, kami ada berkongsi dengan anda mengenai peranti pertama Huawei yang menyokong paparan Infinity-O yang akan dilancarkan pada Disember nanti.

Baca juga : Huawei Bakal Perkenalkan Telefon Pintar Dengan Paparan Infinity-O Disember 2018 Ini?!

Terbaru, muncul satu gambar di Internet yang mengatakan mungkin gambar bagi telefon pintar dari siri ‘nova’ dikenali sebagai Huawei nova 4.

Seperti yang kita semua tahu, siri nova memfokuskan kepada mereka yang gemar mengambil gambar terutamanya menggunakan kamera hadapan untuk berswafoto. Jika dilihat pada kamera utama, peranti ini dilengkapi tiga buah kamera yang disusun secara menegak, mirip seperti Huawei P20 Pro. Malah, bezelnya juga hampir tidak kelihatan!

Sebelum ini, terdapat juga gambar tertiris yang diambil dalam sebuah pengangkutan awam oleh seorang lelaki. Ia jelas memperlihatkan rekaan kamera hadapan di dalam skrin seperti yang ditunjukkan oleh paparan skrin Infinity-O.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lebih terperinci, sama-sama kita nantikan pelancarannya pada Disember nanti.

[SUMBER]

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here