**********

Betul ke orang kata, hanya dengan ayat-ayat manis boleh buat ramai tertawan? Lepas tu, ayat pickup line kena POWER baru dapat ‘takcle’ hati seseorang? Hmmm…Ternyata tanggapan anda itu SALAH!! KENAPA?!

Tahukah anda OPPO R17 Pro tidak perlu ayat manis pun dah boleh ‘tackle’ ramai orang. Bukan sahaja di kalangan peminat setia, malah ia turut menarik perhatian sejumlah artis terkenal tanah air termasuk pelakon cun melecun, Zahirah MacWilson. Eh? Biar betul? Bagaimana ini boleh berlaku?

Kredit : Instagram Zahirah Macwilson

Pada mulanya, kami pun tertanya-tanya juga, apa agaknya kehebatan yang menyebabkan R17 Pro ini berjaya tawan hati ramai. Selepas diteliti, rupa-rupanya! Telefon pintar ini memang SUPER DUPER ‘awesome’! Jom, kami kongsikan kepada anda 6 ‘rahsia’ tersembunyi disebalik R17 Pro.

 

#Rahsia Pertama: Rekaan Menarik Buat Banyak Mata Terpukau

Sebagai jenama yang mempelopori reka bentuk gradient, OPPO sentiasa mencipta trend yang menjadi ikutan dunia. Untuk model kali ini, OPPO dilihat membawakan keunikan tersendiri yang didatangkan dengan rekaan mewah di samping kemasan warna cerun yang nampak premium.

Kemasannya cukup anggun melalui penggunaan Gelas Matte 3D bersama kombinasi dua tona warna berbeza iaitu indigo dan biru (Gradient Mist). Atau mungkin lebih tepat, MEMPERSONAKAN!

OPPO R17 Pro Dalam Warna Gradient Mist

Kemasan ini memberikan kesan corak pantulan yang berbeza mengikut sudut pandangan dan pastinya memukau setiap mata yang memandang! Untuk makluman, R17 Pro turut tersedia dalam warna Emerald Green (Hijau Zamrud) yang mana ketersediaannya adalah terhad.

OPPO R17 Pro Dalam Warna Emerald Green

 

#Rahsia Ke-2: Kamera SUPER DUPER Terbaik, Gambar Lebih Awesome

Keunikan R17 Pro dapat dilihat pada prestasi kameranya yang mana direka khas untuk memberi pengalaman fotografi terbaik terutamanya ketika waktu malam. Ianya memiliki tiga lensa utama di mana salah satunya menyokong bukaan kamera boleh laras yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI) – (12MP (f/1.5, f/2.4) + 20MP (f/2.6) + 3D TOF).

Sistem Kamera OPPO R17 Pro

 

Bagaimanakah ia berfungsi?

Bukaan pemboleh ubah ini secara automatik boleh menyelaraskan kondisi pencahayaan sekaligus menjadikan imej lebih tajam dan jelas, sama ada dalam keadaan terang mahupun gelap. Contohnya, setiap kali kamera mengesan keadaan yang cerah, aperture akan beralih ke f/2.4 bagi menghasilkan gambar yang jelas dan tajam.

Penggambaran Waktu Petang

Apabila persekitaran anda mula gelap pula, lensa secara automatik akan bertukar ke aperture f/1.5 bagi membolehkan lebih banyak cahaya masuk seterusnya menghasilkan imej yang menakjubkan seperti dikehendaki. Kamera ini turut dibantu oleh penstabilan imej optikal (OIS) yang pastinya menjanjikan anda bebas untuk mendapatkan imej sempurna di mana-mana sahaja.

 

Apa jadi kalau kedua-dua fungsi bergabung?

Dengan kombinasi kedua-duanya, kini anda berupaya merakam fotografi malam yang hebat menerusi ciri khas, Ultra Night Mode. Jadi, anda bolehlah ‘berlagak’ macam ala-ala professional. Kalau tak percaya, kenalah cepat dapatkan dan cuba sendiri!

Penggambaran Ultra Night Mode
Penggambaran Ultra Night Mode
Penggambaran Ultra Night Mode
Penggambaran Ultra Night Mode
Penggambaran Ultra Night Mode

Sebagai sebuah telefon yang memfokuskan pada lifestyle, kehebatan kamera swafoto R17 Pro sememanganya tidak perlu dipertikaikan lagi. Ianya ‘menyajikan’ keupayaan kamera yang sangat mengagumkan dengan resolusi 25MP dan pastinya turut dikuasakan oleh teknologi kecerdasan buatan (AI).

Selain itu, ia juga hadir dengan fungsi menarik yang membolehkan pengguna menyesuaikan ciri-ciri wajah mengikut keinginan supaya kelihatan lebih cantik, kacak dan lebih kurus!! Sekali cuba, anda pasti terus jatuh cinta dibuatnya!

Fungsi Penyesuaian Ciri-Ciri Wajah

 

#Rahsia Ke-3: Jimat Masa, Bateri Tahan Lebih Lama

Adakah pengecasan pantas penting bagi anda? Jika ya, anda perlu meletakkan R 17 Pro dalam ‘list’ telefon pintar yang perlu anda miliki hari ini juga! Kenapa?! R17 Pro merupakan telefon pintar OPPO dengan ketahanan bateri yang lama.

Ianya dibekalkan dengan bateri berkapsiti 3,700 mAh (melalui USB Type-C), selain turut menyokong teknologi SuperVOOC Flash Charge dengan pengecasan pantas 50 Watt – bateri boleh mencapai tahap 40% dalam tempoh hanya 10 minit sahaja!

Dan yang lebih pentingnya lagi, R17 Pro turut mendapat kelulusan TUV Rheinland Safety Testing and Certification bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin sepanjang menggunakan pengecasan pantas ini. Wuhaaaa! Lepas ni confirm tidak ada lagi kejadian telefon meletup ketika dicas! Eh? Opsss~

 

#Rahsia Ke-4: Ciri Keselamatan Sangat Efektif

Anda mesti tertanya-tanya soalan ini pada diri sendiri : Eh , di mana pengimbas cap jari pada telefon pintar ini??

Di sini jawapannya, R17 Pro hadir dengan sokongan pengimbas cap jari pada skrin secara terbina dikenali sebagai Hidden Fingerprint Unlock. Jadi, anda boleh menyahkunci R17 Pro dengan secara serta merta dengan hanya menyentuh pada skrin sahaja!

Hidden Fingerprint Unlock

Namun malangnya, kami mendapati pengimbas cap jari ini berfungsi dengan kadar kepantasan yang sederhana sahaja. Tetapi, anda tidak perlu risau kerana OPPO turut menyertakan fungsi pengimbas wajah sebagai alternatif lain. Kadar kepantasan Pengimbas wajah ini dilihat berfungsi dengan sangat responsif dan tepat!

 

#Rahsia Ke-5: Ruang Storan Lebih Besar, Memori Yang Baik

Didatangkan dengan dengan ciri kamera yang ‘superb’, pengguna pastinya memerlukan ruang penyimpanan dalaman yang mencukupi bagi menyimpan pelbagai gambar dan video untuk dijadikan sebagai kenangan.

 

Betul Atau Tidak? It’s okay!!

Kini, anda tidak perlu risau kerana R17 Pro memiliki kapasiti memori dalaman yang besar iaitu 128GB ROM bagi membolehkan anda menyimpan lebih banyak aplikasi dan data tanpa perlu melakukan ‘pembersihan’. Pakej sempurna ini juga dibantu oleh memori sebesar 8GB RAM yang mana didatangkan bersama-sama dengan peranti ini bagi memudahkan kerja ‘multitasking’.

via GIPHY

 

#Rahsia Ke-6: Spesifikasi Menarik Pada Harga Berpatutan

Sekadar makluman, R17 pro didatangkan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 710 iaitu cip kelas pertengahan dengan prestasi terbaik selain dibantu oleh GPU Adreno 616 bagi membolehkannya menjalankan pelbagai tugasan harian dengan lancar. Dari segi perisian, R17 Pro dijana sistem operasi Android 8.1 Oreo yang dipadukan dengan antaramuka Color OS 5.2.

Antaramuka Color OS 5.2

Berdasarkan kepada ujian benchmark yang telah kami jalankan, R17 Pro mencatatkan skor sebanyak 167628 mata untuk ujian antutu. Pada ujian Geekbench 4 pula, ia mencatatkan skor sebanyak 1855 mata untuk ujian tunggal dan 5986 mata untuk ujian pelbagai teras.

Ujian Antutu (Kiri), Ujian Geekbench 4 (kanan)

 

Ulasan Editor

Berdasarkan keunikan dan keistimewaan yang ditawarkan, kami mendapati R17 Pro merupakan telefon pintar kelas pertengahan yang cukup sempurna. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan ianya berpotensi menjadi telefon pintar terbaik membawakan pelbagai teknologi masa kini yang memenuhi keperluan ramai.

Ditawarkan pada harga RM2699, R17 Pro kini sudah boleh mula didapapti secara pra-tempatan di semua kedai konsep OPPO dan kedai atas talian seperti Lazada, Shopee, 11 Street, Senheng, SenQ dan Celcom Blue Cube bermula HARI INI hingga 30 November 2018.

OPPO R17 Pro

Tidak ketinggalan, OPPO juga bakal mengadakan jelajah ‘OPPO R17 Pro – Seize The Night Bus Tour’ bersempena dengan jualan pertamanya yang bermula 1 Disember depan. Bagi yang terpilih, anda berpeluang nikmati panorama malam di Kuala Lumpur bersama Syafiq Kyle dan Phei Yong! Jadi cepat-cepat pre-oder R17 Pro hari ini juga okay!~

___________________________________________________

Baca Juga:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here