Tahniah!! Realme C1 Terjual Sebanyak 1,000 Unit Dalam Masa Satu Jam!

632

Semalam (22 Disember 2018), Realme C1 telahpun dijual secara eksklusif di Lazada pada tawaran harga RM399 (harga runcit: RM449).

Hari ini, Realme Malaysia telah berkongsi berita gembira di mana sebanyak 1000 unit Realme C1 telah habis dijual dalam masa satu jam sahaja, dan ia pastinya berita baik!! Sejak diperkenalkan pada 7 November yang lepas, telefon pintar ini sememangnya dinanti-nantikan oleh mereka yang inginkan peranti bajet dengan spesifikasi yang masih berbaloi untuk dimiliki.

Kepada yang tidak berkesempatan untuk membeli Realme semalam, usah risau! Jualan Realme C1 seterusnya akan berlangsung pada 29 November 2018, masa 10 pagi. Ditawarkan pada harga yang masih sama iaitu RM399 (RM449), telefon pintar ini hadir dalam dua pilihan warna iaitu Mirror Black dan juga Navy Blue. Jangan lupa cepat-cepat tanda kalendar ya!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here