Sony Glass Sound Speaker LSPX-S1 Kini Boleh Didapati Pada Harga RM 3,199

522

Sony memperkenalkan Glass Sound Speaker LSPX-S1 yakni pembesar suara dalam bentuk mentol yang mana dilihat sangat cangggih dan inovatif.

Hadir dengan rekaan moden dan elegan, ia kelihatan seperti sebuah tanglung. Lebih menarik, reka bentuk yang sangat cantik ini juga boleh digunakan sebagai perhiasan di bilik.

Selain mampu menghasilkan pancaran cahaya yang lembut seumpama lilin, anda juga boleh menyambungkannya ke telefon pintar untuk mendengar muzik kegemaran anda. Kualiti bunyi yang dihasilkan juga dapat didengar dengan sangat jelas bahkan mampu ‘tersebar’ secara merata sehingga 360 darjah.

Anda berminat? Sony kini boleh didapati di pasaran Malaysia dan ianya ditawarkan pada harga RM 3,199 untuk seunit.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here