Siri Realme 2 Diperkenalkan Di Malaysia – Harga Bermula RM449

212
**********

Realme Malaysia hari ini membawakan sesuatu istimewa untuk pengguna tempatan apabila secara rasminya melancarkan 3 model telefon pintar terbaharu keluaran mereka, iaitu Realme 2, Realme 2 Pro dan Realme C1.

Ketiga-tiga model ini dilihat membawa keseimbangan yang terbaik dari segi fungsi, rekaan dan juga nilai harganya. Selain itu, ia juga dilihat tampil dengan sejumlah spesifikasi terbaik dalam kelasnya dari segi prestasi serta penggambaran.

Realme 2

Realme 2 merupakan telefon kelas permulaan yang menampilkan rekaan lebih premium dengan membawakan kemasan potongan berlian di bahagian belakang. Seperti biasa, ia juga hadir dengan sejumlah penawaran spesifikasi terkini di dalam segmennya.

Telefon pintar ini hadir dengan paparan yang berukuran 6.2 inci HD+ (720 x 1520) dengan nisbah aspek 19:9 dan mengikut trend dengan menyertakan rekaan takuk pada bahagian atas. Selain itu, Realme 2 turut menyertakan cip Snapdragon 450 dan pilihan konfigurasi 3GB RAM + 32GB ROM dan 4GB RAM + 64GB ROM.

Melengkapinya adalah dwi kamera utama yang menggabungkan lensa 13MP (f/2.2) dan 2MP (f/2.4) dan kamera hadapan pula beresolusi 8MP dengan aperture f/2.2. Menjana telefon pintar ini juga adalah bateri berkapasiti 4,230mAh dan Realme turut tidak lupa menyertakan pengimbas cap jari yang diletakkan pada bahagian belakang, selain pengecaman wajah dan Smart Lock.

Realme 2 ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Diamond Black dan Diamond Red, masing-masing dijual pada harga RM599 untuk varian 3GB + 32GB ROM, dan RM699 untuk varian 4GB + 64GB ROM. Anda boleh dapatkan melalui kedai VIVID, Mobile 2 Go, 7Mobile dan DirectD.

Realme 2 Pro

Realme 2 Pro membawakan rekaan berasaskan plastik seperti realme 2 tetapi kelihatan seolah-olah seperti binaan berasaskan kaca. Ia mempunyai paparan menarik dengan ruang skrin yang luas berukuran 6.3 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel) bersama nisbah ke kerangka sehingga 90.8% dan rekaan takuk berbentuk titisan air yang dipanggil “Dewdrop”.

Di samping itu, juga menyertakan bateri berkapasiti 3,500mAh dengan pengecasan 10W di bawah cip pemproses Snapdragon 660. Siri Pro ini hadir dengan tiga pilihan konfigurasi iaitu 4GB RAM + 64GB ROM, 6GB RAM + 64GB ROM dan 8GB RAM + 128GB ROM. Tidak ketinggalan, ia turut menyertakan fungsi pengimbas cap jari dan pengecaman wajah.

Dari segi penggambaran, Realme menyediakan sokongan dwi kamera utama beresolusi 16MP bersama aperture f/1.7 dan 2MP dengan aperture f/2.2 (untuk penggambaran efek bokeh) bersama LED Flash. Selain itu, melengkapinya juga adalah kamera swafoto beresolusi 16MP (f/2.0).

Realme 2 Pro akan ditawarkan secara eksklusif di Shopee mulai 11 November (jam 00:00) pada harga promosi, iaitu RM799 (harga asal RM849) untuk varian 4GB + 64GB, RM899 (harga asal RM949) untuk varian 6GB + 64GB serta RM999 (harga asal RM1,099) untuk varian 8GB + 128GB ROM.

Realme C1

Selain daripada dua model tersebut, Realme turut mengejutkan orang ramai apabila turut membawakan Realme C1 untuk pasaran tempatan. Ia dilihat membawakan rekaan jauh lebih menarik di samping menawarkan sejumlah spesifikasi yang dilihat mampu menewaskan pesaing setaranya.

Realme C1 hadir dengan paparan skrin bersaiz 6.2 inci HD+ bersama resolusi 720 x 1520 piksel bersama rekaan takuk. Menjana telefon pintar ini adalah cip Snapdragon 450 bersama 2GB RAM dan storan dalaman sebesar 16GB. Ia juga menyertakan sokongan dwi-kamera dengan resolusi 13 MP (f2.2) + 2MP (f/2.4), kamera hadapan 5MP (f/2.2) dan bateri berkapasiti 4,230mAh.

Model Realme C1 juga membawa jualan eksklusif dari Lazada, di mana mulai 22 November hingga 22 Disember anda hanya perlu membeli dengan harga RM399 (harga asal RM449).

 

Baca Juga:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here