Singkir Pengimbas Iris, Samsung Galaxy S10 Dilengkapi Sensor Cap Jari Qualcomm Ultra-Sonic

231
**********

Sejak kebelakangan ini, berita mengenai Samsung Galaxy S10 sering kali berlegar di media sosial. Meskipun, Samsung dijangka memperkenalkan Galaxy S10 sekitar Mac 2019 namun beberapa maklumat untuk model itu telahpun mula tertiris satu demi satu.

Terbaharu, Samsung dikatakan bakal menyingkirkan sensor iris pada telefon tersebut dan menggantikannya dengan  yang terbina pada skrin. Teknologi terbaharu ini dikatakan mampu berfungsi lebih pantas berbanding pengimbas cap jari yang lain dan juga mempunyai ruang pengesanan yang lebih luas mencecah 30%.

Jika maklumat ini benar, maka Samsung akan menjadi syarikat pertama yang dilengkapi dengan akses generasi baharu ini sekaligus menawarkan sesuatu yang tidak pernah ditawarkan oleh mana-mana pengeluar telefon pintar dipasaran. Macam biasa, sama-sama kita tunggu kehadiran Galaxy S10 ini!

[SUMBER 1SUMBER2]

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here