Shopee Terima Hak Eksklusif Untuk Realme 2 Pro Sempena ‘Shopee 11.11 Big Sale’

213
**********

Shopee telah mengumumkan kerjasama antara dengan sub-jenama OPPO iaitu Realme untuk menerima hak eksklusif bagi Realme 2 Pro di Malaysia.

Bersesuaian dengan kempen ‘Shopee 11.11 Big Sale’, Realme telah menjalinkan kerjasama dengan Shopee untuk menjual Realme 2 Pro yang akan dilancarkan secara rasmi pada 7 November nanti. Keputusan ini telah dibuat oleh Realme Malaysia dalam usahanya untuk mencapai kejayaan di India, yang mana 200,000 unit siri Realme 2 telah berjaya dijual dalam masa hanya 5 minit sahaja.

Realme 2 Pro yang bakal dijual secara eksklusif di ‘Shopee 11.11 Big Sale’ akan menampilkan paparan skrin penuh dengan takuk kecil bersaiz 6.3-inci dan dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 660, dan kombinas memori 8GB RAM+128GB ROM. Kepada yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar ini, harganya akan didedahkan pada majlis pelancaran pada 7 November nanti.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here