**********

Tablet baharu dari Huawei yang diberi nama MediaPab M5 ini walaupun dilancarkan tidak lama sahaja, tetapi tumpuan orang ramai padanya semakin hari semakin meningkat. So sejauh manakah kemampuan yang ada pada Huawei MediaPad M5? Jom~ sama-sama kita terokai.

TOP 1: Berapa Lama Ketahanan Bateri?  

Isu ketahanan bateri sering menjadi halangan utama pada peranti pintar, apatah lagi tablet MediaPab M5 ini yang boleh digunakan sebagai alat permainan. MediaPad M5 yang berskrin 8.4 inci ini boleh dicas sepenuhnya dalam masa 1.9 jam, dan anda boleh menonton filem HD selama 11 jam. Sekali isian penuh hanya kurang daripada 2 jam, boleh bertahan selama satu hari! Wow~

 

 

TOP 2: Rasa Pegangan Macam Mana? Puas Hati? 

Bagi anda yang lebih mementingkan reka bentuk sesebuah tablet, MediaPad M5 mesti idaman tablet anda. Menggunakan panel kaca 2.5D bersama binaan logam pada kerangkanya, sentuhan yang cukup memuaskan ini sangat selesa dipegang.

 

TOP 3: Menonton Video Best Tak?

Bersantai di rumah sambil melayan video pasti menjadi suatu aktiviti hari minggu yang cukup menyeronokan, bukan? MediaPad M5 mempunyai nisbah paparan 16:10 yang mampu menawarkan pengalaman visual yang lebih baik berbanding tablet bernisbah 4:3.

Skrin beresolusi tinggi 2560 x 1600 piksel juga menjadikan setiap butiran gambar lebih halus, bahkan paparan video juga lebih tajam.

Tambahan lagi sistem audio yang diselaraskan atas bantuan Harman Kardon, bersama gandingan 3D stereo sound mampu memperkayakan lagi bunyi pada tablet, justeru menjadikan pengalaman tontonan lebih berkualiti! Syok habis!

 

TOP 4: Adakah Mempengaruhi Penglihatan Sekiranya Lama Mengguna?

Sebenarnya ramai juga yang risau adakah akan mempengaruhi penglihatan sekiranya menggunakan tablet untuk masa yang lama?

Dengan Huawei MediaPad M5 tiada masalah, kerana tablet ini hadir bersama teknologi mod Eye Comfort yang dapat menggurangkan cahaya biru di samping menyesuaikan suhu warna dinamik supaya mata tidak terasa sakit.

 

TOP 5: Bolehkah Digunakan Sebagai Mini Pejabat?

Dengan kepintaran pada peranti masa kini, tempat berkerja boleh dikatakan berada di mana-mana sahaja asalnya ada peranti pintar. Sama seperti MediaPad M5 yang kompak dan ringan dibawa, ia juga menyokong port Pogo-Pin yang mana dapat disambugkan dengan papan kekunci dan tetikus Bluetooth.

Selain itu, ia juga boleh mengubah antaramuka Android menjadi antaramuka seperti desktop, dengan sokongan fungsi seperti butang permulaan, masa, kaedah input, status bateri, sambungan Wi-Fi dan fungsi hampir sama dengan komputer riba.

Dalam versi Pro juga tersedia sebuah pen stylus yang dikenali sebagai M-Pen, ia berupaya membaca 4,096 tahap tekanan sesuai untuk menulis, melukis, melakar, mereka dan sebagainya.

 

TOP 6: Mudah Untuk Dibawa?

Ukuran saiz untuk Huawei MediaPad M5 adalah 8.4 inci, ia mudah dipegang hanya dengan sebelah tangan. Sementara MediaPad M5 Pro berukuran lebih besar iaitu 10.8 inci, saiz yang seperti sebuah majalah ini mudah dibawa dan selesa dipegang.

 

TOP 7: Tablet Mana Jadi Pilihan?

Huawei MediaPad M5 bukan sahaja hadir dengan keupayaan bermain permainan video, hiburan dan teman sekerja, bahkan ia mempunyai dua pilihan iaitu 8.4 inci dan 10.8 inci (versi Pro).

Jika anda seorang peminat permainan, maka M5 yang berukuran 8.4 inci lebih sesuai dipilih kerana selain sokongan 4G, saiz kompak dan pengalaman bermain yang lebih selesa, harga jualan yang lebih mesra pengguna iaitu RM1,539 juga menjadi tarikan utama.

Sebaliknya, jika anda kerap kerja oversea maka M5 Pro yang berharga RM1,929 lebih sesuai. Ini kerana paparan skrin yang besar selain sesuai dijadikan teman video masa lapang, kerja pembentangan juga tampil lebih selesa.

Berminat membeli atau ketahui maklumat lebih lanjut, layari Huawei Shop.

**Artikel advertorial dari Huawei Malaysia

 

Baca Juga:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here