Samsung W2019 Bakal Tampil Pada 9 November Ini – Hadir Dengan Rekaan Telefon Lipat

222
**********

Bulan lepas menyaksikan Samsung telah mencuri perhatian ramai dengan perlancaran rasmi Samsung Galaxy A9 (2018) yang akan menampilkan empat kamera pada panel belakangnya.

Kali ini, Samsung sekali lagi membawa kejutan apabila bakal memperkenalkan sebuah telefon pintar terbaharu yang hadir dengan rekaan lipat atau lebih dikenali sebagai telefon kerang di bawah siri W.

Memetik poster acah yang tersebar di media sosial, desas desus mengatakan Samsung bakal memperkenalkan telefon pintar tersebut yang dikenali sebagai W2019 pada satu majlis di Wuxi, Shanghai pada 9 November ini.

Memetik sumber, Samsung W2019 hadir dengan skrin bersaiz 4.2 inci Super AMOLED bersama bateri berkapasiti 3,000 mAh. Pihak Samsung mengemas kini telefon pintar ini dengan sistem dwi kamera utama yang sama diguna pakai pada peranti Galaxy Note 9 dan S9+.

Kuasa dalamannya pula akan didatangkan dengan chipset Snapdragon 845 dan bukannya Exynos 9810, memandangkan ketersediaannya di pasaran China sahaja. Telefon pintar ini juga mungkin tidak menyertakan bicu audio dan pengimbas cap jari.

[SUMBER 1, SUMBER 2]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here