Samsung Menaja 3 Orang Pemenang bertuah Ke Korea Selatan

106
**********

Sepanjang bulan yang lalu, Samsung telah memulakan pertandingan di media sosial yang menjemput semua pengguna Samsung Galaxy Smartphone merakam gambar swafoto di hadapan cermin yang paling kreatif bagi berpeluang memenangi percutian 4 hari 3 malam ke Korea Selatan yang ditaja sepenuhnya.

Ketiga-tiga pemenang tersebut telah diumumkan ketika majlis penutup pertandingan itu “Mirror Mirror Me Night” di Nathalie Gourmet L’espace yang menyaksikan Noor Liyana Asha Binti Mohd Noor, Laven Lim Jia Hui dan Noor Ashyla Binti Mohd Jalil memenangi hadiah utama tersebut disamping turut berpeluang menjadi sebahagian daripada rancangan TV di sana ‘Get it Beauty’. Dalam pada itu,  mereka juga turut berpeluang bertemu dengan selebriti ternama dari negara tersebut, Jung Hae-in.

Noor Liyana Asha Binti Mohd Noor, 25, yang merupakan seorang perancang majlis berasal dari Perlis sangat terkejut dengan kemenangannya itu dan menganggap ia diluar jangkaannya.

“Gambar yang muat naik di Instagram saya bagi pertandingan ini sebenarnya gambar yang saya rakam untuk majlis lain. Jadi saya tidak menyangka bahawa saya adalah pemenang bagi pertandingan ini. Namun saya sangat gembira kerana diberikan peluang ini dan saya sangat teruja untuk pergi ke Korea Selatan dan belajar benda baharu kerana saya juga peminat solekan,” katanya.

Bagi Laven Lim Jia Hui, tada kata-kata yang dapat mengambarkan perasaan gembiranya selepas mengetahui bahawa beliau adalah antara pemenang yang terpilih.

“Tiada kata-kata yang dapat mengambarkan keseronokkan dan keterujaan saya apabila saya mendapati bahawa saya adalah salah seorang daripada tiga pemenang tersebut. Mengetahui bahawa saya seorang daripada 50 senarai pendek yang dipilih sudah cukup baik bagi saya. Majlis yang dirangka pada malam ini dirancang dengan sangat baik dengan aktiviti juga sangat menyeronokkan. Dan kini saya mempunyai peluang untuk pergi ke korea,”ujarnya.

Seorang lagi pemenang pertandingan ini, Noor Ashyla Binti Mohd Jalil, 28 tahun yang bekerja sebagai seorang ahli farmasi berkata, beliau hampir menangis selepas mendapat berita tentang kemenangannya.

“Saya berasa sangat gembira, saya hampir menangis. Tidak ramai yang boleh mendapat peluang seperti ini yang mana saya berasa sangat bersyukur. Saya mengetahui tentang pertandingan Mirror Mirror Me selfie melalui Instagram dan membuat keputusan untuk memuatnaik sekeping gambar saya. Ia seperti mimpi yang menjadi kenyataan apabila dapat ke Korea Selatan dan belajar mengenai solekan dan berjumpa dengan Jung Hae-in.

Dalam majlis tersebut, seramai 50 peserta turut hadir. Walaupun tidak semua yang berpeluang memenangi percutian ke Korea Selatan, namun mereka berpeluang menimba ilmu solekan daripada Pelawak Korea Selatan yang kini menjadi jurusolek selebriti, Kim KiSoo. Majlis tersebut turut diwarnai dengan beberapa persembahan daripada Han Hee-jun, yang merupakan finalis American idol musim ke-11, K-Pop Star musim ke-3 dan pengacara bersama bagi After School CLub.

Baca juga:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here