Samsung Galaxy S10 Bakal Hadir Dengan Reka Bentuk Tubuh Berasaskan Seramik?

615
- Iklan -

Hampir setiap hari ada sahaja berita ‘kebocoran’ yang dilaporkan mengenai Samsung Galaxy S10. Pekembangan terbaru menyatakan maklumat mengenai rekaan telefon pintar tersebut turut tertiris di media sosial.

Memetik sumber, versi eksklusif Galaxy S10 dijangkakan bakal hadir dengan panel yang diperbuat daripada seramik. Sumber berkata lagi, panel seramik ini bakal ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu putih dan hitam.

Jika benar, maka boleh dikatakan adalah satu langkah terbaik daripada Samsung kerana ianya bahan yang bukan sahaja tahan lasak malah lebih kalis air berbanding panel kaca biasa.

Seperti biasa, maklumat tersebut hanyalah ‘rumors’ sahaja dan belum dapat dipastikan kebenarannya. Apapun, sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi kelak daripada pihak Samsung.

[SUMBER]

_________________________________________________________________

Baca juga :

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here