Samsung Galaxy S10 Bakal Sokong 6 Kamera & Rangkaian 5G

251
**********

Sedar tak sedar, siri ‘Galaxy S’ bakal memasuki usia 10 tahun dan pastinya Samsung inginkan yang terbaik sempena ulang tahun ke-10 ini kan? Berbaki kurang empat bulan sebelum pelancaran rasmi, Samsung Galaxy S10 bakal hadir dengan skrin yang lebih besar bersaiz 6.7-inci, yang sekaligus mengatasi skrin yang ditawarkan pada Galaxy Note 9 (6.4-inci).

Menggunakan kod nama ‘Beyond X’, Galaxy S10 dikhabarkan mungkin akan dilengkapi dengan enam buah kamera, di mana empat terletak pada panel belakang serta dwi-kamera untuk penggambaran swafoto. Telefon pintar dengan empat kamera utama ini bukanlah percubaan pertama kerana Samsung sendiri telah memperkenalkan model empat kamera pertamanya iaitu Galaxy A9.

Samsung Galaxy A9 – model pertama Samsung dengan sokongan empat kamera utama.

Lebih menarik, menurut rumors lagi telefon pintar ini juga dijangka akan menyokong rangkaian 5G serta hadir dengan dua versi berbeza seperti model sebelumnya. Mengikut pelancaran sebelum ini, Samsung dijangka akan melancarkan Galaxy S10 pada bulan Mac 2019. Sama-sama kita nantikan bagaimana model terbaru ini bakal memberi saingan hebat kepada Huawei, Apple serta Google.

[SUMBER]

Baca juga :

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here