**********

HARGA: (64GB) RM999 / (128GB) RM1299

Salah satu pengeluar telefon pintar yang menjadi bualan ramai, Xiaomi kini telah tampil dengan model terbaharunya iaitu Xiaomi Mi 8 Lite yang mana menawarkan spesifikasi yang mengagumkan pada harga yang berpatutan dan mampu milik, bahkan menjanjikan kepuasan buat pengguna.

Spesifikasi Xiaomi Mi 8 Lite

Sistem Operasi Android 8.1 (Oreo)
Pemproses Qualcomm Snapdragon 660 AIE, Quad-core 2.2GHz
GPU Adreno 512
Paparan 6.26 inci (2280 x 1080 FHD+)
Nisbah 19:9
Skrin-ke-kerangka 82.5%
Memori 4GB RAM+ 64GB ROM
6GB RAM + 128GB ROM
Bateri 3350mAh, QC 3.0 (5V/2A)
Pengambaran Kamera Utama
12MP (f/1.9) + 5MP, 1.4μm large pixels, Dual Pixel Auto-focus (DPAF), 1.12μm large pixels, AI dual camera, AI Beautify,
Video Beautify, AI studio lighting

 

Kamera Hadapan
24MP, Sony IMX 576, 4 dalam 1 Super Pixel technology,
1.8μm large pixels, AI background blurring,
AI Scene Detection, AI Beautify 6.0

Rakaman Video 4K UHD
Slot Kad Nano Sim + Nano Sim / Micro SD
Sambungan WiFi 802.11a/b/g/n/ac, Bluetooth 5.0,
Type-C 1.0 reversible connector
Dimensi 156.4 x 75.8 x 7.5 mm
Berat 169g
Warna Midnight Black, Aurora Blue
Harga 64GB – RM999
128GB – RM1,299

 

Pakej Pembelian

Pakej pembungkusan Xiaomi Mi 8 Lite sangat menarik dengan warna kotak yang sangat menyerlah. Disertakan dengan aksesori lengkap seperti kabel USB Type-C, adapter pengecas QC3.0, audio port 3.5mm ke Type-C adapter dan sebagai.

 

Rekaan Luaran

Rekaan Mi 8 Lite sangat menarik dan kemas, dengan paparan 6.26 inci FHD+ pastinya mampu memberi kepuasan buat pengguna. Di bahagian atas telefon ini tersedia kamera swafoto dengan 24MP, pastinya mampu merakam gambar swafoto yang sangat cantik.

Di bahagian belakang pula, disertakan dengan dwi kamera yang mana menyediakan 12MP(f/1.9) + 5MP yang tidak mengecewakan.

Di bahagian sisi kiri pula disediakan slot SIM yang mana boleh memuatkan Nano Sim + Nano Sim/MicroSD, manakala di sebelah kanan disediakan butang laras suara dan butang kuasa.

Jika dilihat di bahagian bawah, Mi 8 Lite hadir bersama speaker dan port USB Type-C. Pembinaan ini agak mengecewakan peminat Xiaomi kerana tiada audio port 3.5mm disediakan, nasib baik masih menyediakan adapter USB Type-C ke audio port 3.5mm, namun ia agak menyukarkan pengguna.

 

Sistem Operasi dan UI

Xiaomi Mi 8 Lite ini disertakan dengan Android 8.1(Oreo) dan disertakan dengan antaramuka MIUI 9.6 (kemaskini terbaru).

Apa yang menariknya pada MIUI 9.6 ini ialah ia disertakan dengan Always On Display, skrin takuk yang boleh disembunyikan serta butang dan sentuhan pintas bagi mengakses aplikasi tertentu. Ini nyata akan memudahkan pengguna mengakses aplikasi di dalam peranti ini.

 

Prestasi Spesifikasi

Peranti ini hadir dengan cip pemproses Snapdragon 660 AIE berkelajuan Quad-core 2.2GHz, apa yang lebih menarik adalah ia turut disertakan dengan dua versi iaitu 4GB RAM dan 6GB RAM di bawah sokongan GPU Adreno 512. Apa yang pasti sistem operasinya berjalan dengan lancar dan baik.

Permainan PUBG nyata tidak mempunyai sebarang masalah dan berjalan lancar tanpa gangguan

Bagi storan pula, ia disertakan dengan 64GB dan 128GB, jika tidak cukup anda boleh menggunakan microSD untuk menambah ruangan storan. Kami turut mencuba bermain permainan PUBG menggunakan telefon ini, nyata ia tidak mempunyai sebarang masalah dan berjalan lancar tanpa gangguan.

 

Keputusan Ujian

Bagi menguji keupayaan telefon pintar ini, kami membuat ujian menggunakan AnTuTu Benchmark dan Geekbench 4. Daripada keputusan ujian tersebut, telefon ini nyata berada pada tahap yang memuaskan. Bagi telefon yang bukan dari kategori flagship ini, nyata mempunyai prestasi yang baik.

AnTuTu Benchmark

 

Geekbench 4

 

Ujian Pengecasan

Kapasiti bateri Mi 8 Lite sebesar 3,350mAh, hadir bersama sokongan pengecasan pantas QC3.0. Kami mula mengecas telefon ini ketika baterinya masih 21%. Setelah telefon ini dicas sehingga 100%, kami mendapati ia hanya mengambil masa selama 1 jam 34 minit sahaja.

 

Sistem Keselamatan

Sistem keselamatan nyata menjadi antara tumpuan utama Xiaomi. Justeru, tidak hairanlah, telefon ini disertakan dengan IR Face Unlock pada panel hadapan. Anda boleh menetapkan wajah anda sekiranya anda ingin membuka aplikasi pada peranti ini. Selain itu, ia turut disertakan dengan pengimbas cap jari pada panel belakang, paten, PIN dan kata laluan.

Cara tetapan mudah sahaja, anda perlu pergi ke Lock screen & password kemudian pilih Manage face data dan lakukan tetapan face id di situ.

 

Prestasi Kamera

Seperti yang kita ketahui, telefon ini dilengkapi dengan dwi kamera di bahagian belakang yang mana disertakan dengan 12MP(f/1.9) + 5MP, sementara kamera hadapan pula dilengkapi dengan 24MP. Beberapa tetapan boleh dilakukan bagi mendapatkan hasil gambar yang menakjubkan.

Sokongan AI

Telefon Xiaomi Mi 8 Lite ini disertakan dengan AI atau kecerdasan buatan yang mana ia mampu menjadikan rakaman gambar anda lebih baik. AI ini boleh digunakan pada kamera hadapan dan belakang.

Dalam pada itu, peranti ini juga menyediakan pelbagai mod ketika rakaman gambar. Mod ini akan memberikan kepada anda pilihan ketika merakam gambar atau video. Antaranya ialah anda boleh mengambil gambar secara manual, hal ini bermakna anda boleh melaras tetapan mengikut kehendak anda.

Dalam pada itu, peranti ini juga turut menyediakan 2x zum optikal, rakaman video 4K, Slow-motion, Time-lapse dan sebagainya. Berikut merupakan hasil gambar yang diambil menggunakan peranti ini.

 

HASIL GAMBAR

 

Kelebihan

  • Sistem operasi yang lancar ekoran daripada cip pemproses Snapdragon 660 AIE dan berkelajuan Quad-core 2.2GHz. Hal ini turut disokong oleh 4GB/6GB RAM pastinya melancarkan lagi operasi peranti ini.
  • Kamera yang berada pada kualiti terbaik disertakan dengan rakaman 4K mampu menghasilkan gambar yang baik.
  • Sistem keselamatan yang diyakini dengan pengecaman wajah yang sangat efisen. Pengecaman wajah yang lancar tanpa gangguan.

Kelemahan

  • Peranti ini tidak menyediakan audio port 3.5mm yang mana menyukarkan pengguna untuk menggunakan adapter sekiranya ingin menggunakan earphone.
  • Tidak disertakan dengan fungsi terkini seperti AR Stiker atau emoji, namun dikhabarkan ia akan ditawarkan pada kemaskini MIUI 10 nanti.

 

Ulasan

Bagi harga yang ditawarkan iaitu RM999 bagi 64GB dan RM1299 bagi 128GB, ia merupakan sebuah telefon yang baik untuk dimiliki. Dengan rekaan yang ringkas tetapi bergaya, sistem operasi yang lancar, kamera yang baik dan sistem keselamatan yang berada pada tahap yang menakjubkan, ia adalah sebuah telefon yang boleh dimiliki oleh semua peringkat umur. Sepesifikasi yang terbaik pada harga yang mampu milik pastinya boleh didapati pada telefon Xiaomi Mi 8 Lite.

 

Baca Juga:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here