**********

Dalam terus mengejar arus teknologi yang membangun, Huawei sekali lagi terus mencetus inovasi dan menguasai mata dunia dengan memperkenalkan komputer riba hebat terbaharu mereka iaitu Huawei MateBook X Pro.

Apakah kelebihan yang dimiliki oleh MateBook X Pro ini? Apa yang perlu anda ketahui mengenai komputer riba ini? Di sini kami akan kupaskan mengenai ‘realiti sebenar’ yang ada pada Matebook X Pro. Anda ingin tahu? Baca selanjutnya…

【 Baca Juga 】HUAWEI’s 360° Degree Business Empowerment Pack Teman Terbaik Anda

【 Baca Juga 】Lindungi Privasi Dengan ‘Kamera Tersembunyi’ Pada Huawei MateBook X Pro!

 

#1 Reka Bentuk Elegan, Mudah Dibawa Ke Mana-Mana

MateBook X Pro merupakan sebuah komputer riba bersaiz kompak dan ultra-nipis. Ianya mempunyai bilah yang nipis pada setiap sisi. Kenipisannya pasti membuat ramai terpukau malah dengan hanya menggunakan jari telunjuk sahaja anda sudah boleh mengangkat panel paparan pada komputer riba ini.

MateBook X Pro memiliki ketebalan 14.6mm dan berat sebanyak 1.33kg, menjadikan ia antara komputer riba ternipis dalam kalangan pesaing setaranya. Rekaan ini juga sekaligus memudahkan komputer riba ini dibawa ke mana-mana dan digunakan dalam apa jua keadaan.

Dimensi Huawei Matebook X Pro

MateBook X Pro juga hadir dengan rekaan rangka diperbuat daripada aluminium yang kukuh dan padat. Selain itu, ianya juga ‘disuntik’ dengan pilihan warna yang menarik seperti Space Grey dan Mystic Silver, sekaligus menjadikan komputer riba ini kelihatan sangat sempurna dalam kelasnya.

Lebih menarik, terdapat dua USB Type-C pada sebelah sisi kiri yang mana salah satunya menyokong Thunderbolt 3 dan kedua-duanya boleh digunakan untuk mengecas komputer riba. Huawei turut menyertakan bicu audio 3.5mm bersama dengannya. Selain itu pada sisi kanan pula, terdapat port USB Type-A yang menyokong USB 3.0.

Sambungan pada Huawei MateBook X Pro

 

#2 Saiz Bezel Nipis, Paparan Skrin Lebih Luas

Hadir melalui nisbah 3:2 pada ukuran skrin bersaiz 13.9 inci (3000 x 2000 piksel), MateBook X Pro dilengkapi dengan paparan terbaru 3K yang boleh disentuh bagi menyampaikan pengalaman multimedia dan hiburan yang luar biasa. Selain itu, warna yang dihasilkan juga kelihatan amat menonjol.

Paparan Huawei MateBook X Pro Lebih Luas

MateBook X Pro merupakan komputer riba pertama di dunia yang hadir dengan paparan sentuh Fullview. Menerusi Fullview Display, saiz bingkai pada panel paparan komputer riba ini dilihat sangat nipis dan nisbah skrin-ke-kerangka juga didapati mencecah sehingga 91% sekaligus menjadikan ia kelihatan agak menarik di mata pengguna. Paparan itu juga turut dilapisi Corning Gorilla sebagai perlindungan utama.

Nisbah Skrin Ke Kerangka Sehingga 91%

Dengan rekaan yang unik ini, permukaan skrin menjadi semakin luas hingga ke hujung kerangka dan layar paparan skrin pula dapat dilihat secara jelas daripada berbagai sudut. Begitulah hebatnya ciptaan Huawei dalam penghasilan komputer riba ini.

 

#3 Kamera Tersembunyi Yang Unik, Privasi Terjaga

Meskipun hadir dengan rekaan yang nipis namun Huawei tidak pernah mengabaikan sebarang spesifikasi asas yang perlu ada pada sesebuah komputer riba termasuk fungsi kamera.

Seperti yang kita nampak, bingkai yang melindungi panel paparan dilihat amat nipis sehinggakan tiada ruang untuk menempatkan kamera. Namun, jangan risau kerana Huawei mempunyai jalan penyelesaian yang bijak dengan meletakkan kamera tersembunyi di dalam butang pada papan kekunci.

Fungsi Kamera Tersembunyi

Kamera tersebut ditempatkan pada kedudukan yang paling unik iaitu berada di antara kekunci F6 dan F7 dan ianya akan timbul apabila diperlukan sahaja. Pengguna hanya perlu menekan kekunci tersebut dan ianya akan terbuka sekaligus mendedahkan komponen kameranya.

Dengan rekaan ini, kami mendapati Huawei telah mewujudkan ciri sekuriti yang lebih baik untuk menyimpan kamera jika tidak digunakan. Malah, privasi pengguna juga akan lebih terjaga sekaligus mengurangkan risiko untuk digodam.

Komponen Kamera

Bagaimanapun, bagi kami fungsi kamera ini masih mempunyai kekurangan. Kekurangan paling ketara yang dapat kami lihat adalah ianya merupakan lensa tetap yang mana anda tidak boleh membuat pelarasan sudut. Jika anda ingin mendapatkan sudut sempurna, anda perlu berusaha untuk melihat ke bawah sedikit.

Di samping itu, kekurangan lain yang dapat kami lihat pada rekaan kamera ini adalah jika anda membuat panggilan video sambil menaip, gerakan jari-jemari anda akan menganggu dan menghalang pandangan kamera tersebut.

 

#4 Papan Kekunci Terbaik, Menjanjikan Kerja Lebih Lancar

Selain kedudukan kamera, papan kekunci pada komputer riba ini turut menarik perhatian kami. Kenapa? Tidak keterlaluan jika dikatakan, papan kekunci pada MateBook X Pro ini boleh dianggap sesuatu yang mengagumkan.

Papan kekunci pada MateBook X Pro hadir dengan rekaan yang luas dari satu sisi ke sisi lain di mana memberikan rasa yang memuaskan. Malah ketika digunakan lantunan papan kekuncinya juga memberikan keselesaan ketika menaip untuk tempoh masa yang panjang.

Papan Kekunci Huawei MateBook X Pro

MateBook X Pro turut mempunyai touchpad yang luas untuk memberikan keselesaan dalam menyokong kerja harian. Tahap sensitiviti padanya juga dilihat amat sempurna sekaligus mencerminkan kualiti komputer riba ini.

Seterusnya, ia turut memiliki beberapa kelebihan antaranya dilengkapi dengan backlit di mana amat sesuai untuk kegunaan menaip dalam persekitaran yang gelap. Tidak ketinggalan, Huawei turut menyertakan sokongan kalis air pada papan kekunci yang membuatkannya kalis percikan dan tumpahan air sekaligus mengelakkan kerosakan yang teruk.

Fungsi Kalis Air

Di samping itu, butang kuasa pada MateBook X Pro turut mengintegrasikan fungsi pengimbas cap jari yang boleh digunakan untuk mengakses (log masuk) komputer riba. Melalui fungsi tersebut, pengguna dapat mengakses komputer riba dengan ciri satu sentuhan kuasa yang mana bantu menjimatkan masa berbanding menaip kata laluan.

Butang Kuasa Pada MateBook X Pro – Turut Berfungsi Sebagai Pengimbas Cap Jari

Kami dapati prestasi tindak balasnya boleh dikatakan cukup pantas dan bukan itu sahaja, malah pengimbas cap jari tersebut juga boleh diaktifkan untuk lebih daripada satu pengguna.

 

#5 Prestasi Cemerlang, Pengalaman Penggunaan Cukup Sempurna

MateBook X Pro hadir dengan pilihan CPU Intel Core i5 dan i7 generasi ke lapan sekaligus menjadikan komputer riba ini sangat pantas untuk membuat sebarang kerja. Ia juga diselitkan dengan memori sehingga 16GB RAM dan pilihan storan sehingga 512GB SSD di samping kad grafik NVIDIA GeForce MX150 dengan 2GB GDDR5. Bagi bateri pula, komputer riba ini dibina dengan sumber kuasa daripada bateri 57.4Wh.

CPU MateBook X Pro

Lebih gempak, ia turut didatangkan dengan kebolehan empat speaker dilengkapi dengan teknologi Dolby Atmos yang mana mampu menghasilkan kualiti audio hebat sekaligus memberi pengguna kepuasan mendengar muzik atau menonton video kegemaran. Lebih istimewanya lagi, speaker ini juga boleh dikustom mengikut kehendak pengguna.

4 Speaker Pada Huawei MateBook X Pro Dilengkapi Teknologi Dolby Atmos

Selain itu, Huawei turut menyertakan sebuah sokongan pemindahan data di antara peranti tanpa kabel komputer yang dikenali sebagai Huawei Share. Melalui ciri ini, anda boleh memindahkan semua data termasuk foto, video dan banyak lagi secara langsung dengan sangat mudah!

Fungsi Huawei Share

Untuk makluman, MateBook X Pro dijalankan dengan menggunakan sistem operasi Windows 10 serta dilengkapi dengan perisian standard dan khusus seperti One Note, Mail, Dolby Atmos System dan sebagainya.

 

#6 Laptop Masa Depan, Buka Mata Untuk Dunia

Laptop masa depan? Yaa! Memang tidak dapat disangkal lagi, MateBook X Pro selayaknya digambarkan sebagai laptop masa depan yang penuh dengan inovasi dan teknologi baru membuatkan banyak mata terpegun apabila melihatnya.

Bagi yang berminat, anda boleh dapatkannya di kedai rasmi Huawei atas talian ataupun Lazada di mana ianya ditawarkan pada harga berikut: 

MODEL / VERSI HARGA
Huawei MateBook X Pro i5 RM4,999
Huawei MateBook X Pro i7 RM6,999

 

 

[SPESIFIKASI]

 

 

Artikel Popular: 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here