**********

HARGA : RM1,399

Acer telah melancarkan sebuah tablet pendidikan yang pertama menggunakan Chrome OS yang dinamakan Acer Chromebook Tab 10. Acer mensasarkan tablet ini dijual dan diberikan kepada golongan kanak-kanak yang sering melakukan kerja-kerja berkaitan pembelajaran.

Selain itu, Acer Chromebook juga boleh dijadikan sebagai platfom kepada para pelajar dalam mempelajari bagaimana realiti-gabungan (AR) berfungsi di dunia sebenar melalui teknologi Google AR.

 

[CIRI-CIRI MENARIK]

Rekaan

Paparan skrin

Bagi memberi pengalaman yang lebih baik, Acer menggunakan paparan skrin berukuran 9.7 inci dengan resolusi 2048 x 1536 piksel. Jika dilihat pada resolusinya, ia lebih tinggi berbanding tablet Chrome yang ada di pasaran.

Panel belakang

Walaupun ia ditawarkan pada harga RM1,399, tablet ini diperbuat daripada plastik yang ringan dan ia kelihatan seperti sebuah tablet murah. Pada panel belakang terdapat garisan supaya tablet ini tidak mudah jatuh atau gelongsor apabila di pegang selain turut menempatkan kamera utama serta pen stylus.

Pen stylus
Lensa kamera

Bahagian atas terdapat tiga buah speaker, lubang mikrofon serta 3.5mm audio jack. Sementara, bahagian bawah pula dilengkapi dengan tiga buah speaker serta USB Type-C.

Bahagian atas & bawah

Sisi kanan kosong tanpa sebarang butang atau port, tetapi sisi kiri kelihatan oada dengan butang laras volume, lampu LED status, butang Power dan juga slot untuk kad microSD.

Sisi kiri

 

OS Chrome

Acer Chromebook Tab 10 adalah sebuah tablet yang dioperasikan oleh OS Chrome. Selain mampu melancarkan pengoperasian tablet ini, ia juga menawarkan sistem keselamatan yang dipertingkatkan, mesra pengguna dan juga jangka hayat bateri yang lama.

Recent Apps
Notification

 

Stylus Pen

Istimewanya pen Stylus ini, ia hadir dengan sokongan teknologi WACOM EMR yang dicipta untuk memberi ketepatan dalam melakar, melukis, dan menulis nota.

Setiap kali anda mengeluarkan pen stylus dari tablet Chrome ini, akan terpapar tetapan yang membolehkan anda memilih sama ada ingin menulis nota, menggunakan sebagai penunjuk laser ataupun kata pembesar.

Bagi memudahkan menulis nota, terdapat pelbagai jenis pen, pilihan warna, latar belakang dan juga ketebalan yang berlainan boleh digunakan!

 

Tetapan

Seperti tablet Android yang ada di pasaran sekarang, terdapat beberapa tetapan pantas yang terletak di bawah paparan skrin. Di antara tetapan pintas yang disediakan adalah WiFi, Bluetooth, Volume, kecerahan cahaya skrin, posisi tablet dan beberapa lagi. Ia secara tidak langsung memudahkan pengguna membuka menu yang dikehendaki.

 

[HASIL GAMBAR]

Walaupun kamera bukan menjadi fokus utama tablet ini, ia masih dibekalkan dengan kamera utama 5 Megapiksel, manakala kamera hadapan pula beresolusi 2 Megapiksel.

 

[SPESIFIKASI]

  • CPU : Dual Core Cortex-A72 + Quad Core Cortex-A53
  • Memori : 4GB RAM + 32GB ROM
  • Skrin : 9.7 inci, 2048×1536 piksel
  • Bateri : 4500mAh
  • Lensa : 5 Megapiksel / 2 Megapiksel
  • Harga : RM1,399

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here