Realme 2 vs Realme C1 : Beza RM100, Dapat EXTRA 1GB RAM + 16GB ROM Dan…

151
**********

Dengan meneliti jadual spesifikasi yang kami sediakan sebelum ini, mungkin juga timbul satu tanda tanya dalam kalangan pengguna – apakah bezanya antara Realme 2 dan Realme C1 yang membawakan harga berbeza sedangkan dilengkapi sejumlah ciri lebih kurang sama?

Seperti sedia maklum, Real me hadir dengan dua konfigurasi memori iaitu 3GB + 32GB / 4GB + 64GB tetapi Real C1 hanya menyajikan 2GB + 16GB ROM sahaja. Memandangkan perbezaan harga jualan untuk Realme 2 versi rendah dan RealC1 adalah hanya RM100 sahaja, pasti ramai akan tertanya-tanya yang mana satu lebih berbaloi untuk dimiliki? Berikut adalah perbezaan yang dapat kami kongsikan antara kedua-dua model tersebut:

1# Memori / Storan

Salah satu perbezaan paling ketara yang boleh dilihat antara kedua-dua telefon ini ialah penawaran kapasiti RAM dan storan dalaman. Seperti semua sedia maklum, Real me 2 hadir dengan dua pilihan konfigurasi iaitu 3GB RAM + 32GB ROM dan 4GB RAM + 64GB ROM. Sementara itu, Realme C1 pula hanya hadir dengan 2GB RAM dan storan dalaman sebesar 16GB sahaja.

Realme 2

2# KAMERA SWAFOTO

Selain memori dan storan, kedua-dua model ini juga terdapat perbezaan yang ketara pada bahagian kamera swafoto. Untuk kamera Realme 2, ia dilihat tampil lebih ‘maju’ apabila dilengkapi lensa swafoto sebesar 8 Megapiksel dalam menawarkan rakaman gambar yang lebih berkualiti. Manakala, Real C1 pula hanya hadir dengan 5 Megapiksel menawarkan mod yang lebih kurang sama dengan kebanyakan telefon pintar lain.

Realme C1

3# SISTEM KESELAMATAN

Perbezaan lain yang agak ketara antara kedua-dua model ini adalah pada sistem keselamatannya. Di mana, Realme 2 dilengkapi dengan 3 jenis sistem keselamatan untuk nyahkunci iaitu pengimbas cap jari, pengimbas wajah dan juga smart unlock sebagai alternatif. Berbeza dengan Realme C1, ia dilihat tidak menyertakan pengimbas cap jari sebaliknya hanya hadir dengan fungsi pengecaman wajah dan smart unlock sahaja.

Jadi! Dengan hanya tambah RM100, anda boleh dapat tambahan 1GB RAM + 16GB ROM DANNN… tambahan lagi 3 Megapiksel kamera swafoto berserta fungsi pengimbas cap jari (sekaligus menjadikan keseluruhannya 3GB RAM + 32GB ROM + 8MP kamera swafoto + pengimbas cap jari dan akhirnya anda boleh miliki realme 2~). Woww..Sangat menarik! So apa kata korang? Pilihan kini di tangan anda~

Baca juga : 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here