Razer Game Store Tiba Di Lazada Malaysia Pada Jualan 11.11

86
**********

Razer, jenama gaya hidup global terkemuka untuk kaki gamer, hari ini telah mengumumkan pelancaran kedai permainan digital mereka tersendiri di Lazada Malaysia pada 11 November, bersempena pesta jualan 11.11. Razer Game Store @ Lazada

Pelancaran kedai rasmi ini secara langsungnya lebih memudahkan pengguna tempatan membeli permainan yang diminati melalui Lazada, bahkan sistem pembayaran yang lebih mesra turut disertakan termasuk bayaran secara fizikal di kedai 7-Eleven di seluruh negara atau bayaran ansuran dari Maybank, selain bayaran atas talian.

Sempena pelancaran ini juga, Razer Game Store di Lazada akan menawarkan beberapa diskaun eksklusif untuk permainan video, termasuk Assassin’s Creed Odyssey, Cities: Skyline, Far Cry 5 dan Cuphead.

Kaki gamer bolehlah bersedia merebut diskaun eksklusif ya~

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here