Quulo Pilihan Alternatif Untuk GrabCar, MyCar Dan M.U.L.A

857
- Iklan -
Muat turun aplikasi Quulo dan pilih bahasa yang diinginkan.

Sebelum ini kami ada berkongsi mengenai aplikasi perkhidmatan pengangkutan MyCar dan M.U.L.A selain GrabCar. Terbaru, muncul sebuah lagi aplikasi yang seakan sama dikenali sebagai Quulo.

Aplikasi ini dikatakan seakan Uber kerana menawarkan kadar tambang mengikut anggaran masa yang diambil. Jika berlaku kesesakan jalan raya, harga mungkin lebih mahal berbanding yang dipaparkan pada aplikasi ini. Namun begitu, jika sampai lebih awal dari anggaran masa yang ditunjukkan, harganya akan lebih murah.

Pilih lokasi yang ingin dituju dan jenis kenderaan.

Terdapat dua kategori kereta yang boleh dipilih Bajet untuk empat orang penumpang dan jika lebih dari ramai anda boleh memilih kategori Seater.

Bagi memastikan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan kereta, pengguna juga boleh membuat pra-tempahan terlebih dahulu. Lebih menarik, selain perkhidmatan pengangkutan, Quulo turut menawarkan penghantaran barang barang ke mana sahaja dengan kadar bayaran yang berpatutan.

Profil, butang Kecemasan serta Tempahan. 

Kepada yang berminat nak mencuba, boleh muat turun aplikasi Quulo sekarang!

Pilihan pembayaran

Baca juga:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here