Powerbank Dengan Sokongan SuperVOOC Pertama – Bertemakan Pikachu!

159
**********

Pengecasan pantas semakin menjadi daya tarikan bagi sesebuah telefon pintar hari ini. Namakan sahaja seperti OnePlus Dash Charge, Huawei SuperCharge, Apple Fast Charge dan terbaru, OPPO SuperVOOC semuanya menawarkan pengecasan yang lebih pantas berbanding biasa kepada pengguna.

Baru-baru ini, OPPO telah hadir dengan powerbank dengan sokongan pengecasan SuperVOOC berkapasiti 10,000mAh. Lebih menarik, ia hadir dengan tema Pikachu yang sememangnya mampu menarik sesiapa sahaja yang memandangnya.

Menurut pihak OPPO, powerbank SuperVOOC ini mampu mengecas bateri penuh berkapasiti 3,730mAh pada model Find X kurang daripada satu jam dengan kelajuan 50W (10V/5A).

Kepada yang berminat, powerbank Pikachu ini ditawarkan pada harga RMB399 (kira-kira RM240) untuk pasaran China. Bagaimanapun, pihak OPPO masih belum mengumumkan sama ada akan memasarkan powerbank SuperVOOC ini ke pasaran antarabangsa ataupun sebaliknya.

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here