Pertikaian Bil, Masalah Telekomunikasi Paling Tinggi Dilaporkan Pengguna!

378
**********

Pada suku ketiga (Q3) 2018, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) telah menerima jumlah aduan paling tinggi iaitu sebanyak 1,496 aduan berbanding dua suku pertama pada tahun ini yang dilaporkan pengguna di seluruh Malaysia.

Mengikut rekod CFM setakat bulan September ini, Pertikaian Bil adalah antara aduan yang paling tinggi dilaporkan pengguna kepada CFM diikuti dengan Gangguan Perkhidmatan, Tiada Liputan untuk perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi, Liputan 4G/LTE yang tidak memuaskan dan lain-lain.

Bahagian hadapan – dari kiri: Dr Elistina Abu Bakar (Setiausaha CFM), Mohamad Yusrizal Dato’ Yusoff (Pengerusi CFM), Azizan Mohd Afandi (Timbalan Pengerusi CFM) dan Mahfuzah Azahar (Bendahari CFM).

Selain itu, aduan berkaitan ‘harga’ juga dilihat mencatat peningkatan yang paling ketara sejak Ogos lepas dengan jumlah sebanyak 13 aduan diterima dan telah meningkat kepada 64 aduan pada bulan September 2018 yang berkaitan dengan isu penurunan harga perkhidmatan jalur lebar.

Terdapat juga penyedia perkhidmatan yang telah menurunkan harga jalur lebar dan CFM akan terus memantau untuk memastikan pengguna terus mendapat kualiti perkhidmatan terbaik. Pengguna juga perlu membaca terma dan syarat sebelum melangggan agar isu berkaitan telekomunikasi dapat dikawal di peringkat awal.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here