One Plus Pecah Rekod Dunia

121
**********

OnePlus telah memecahkan rekod dunia bagi jumlah orang yang paling ramai unboxing pada masa yang sama di dalam Guinness World Records.

Majlis yang dijalankan di India itu telah dilaksanakan pada 1 November yang lalu. Peserta-peserta yang terlibat adalah daripada kalangan pemilik terawal telefon OnePlus 6T terbaharu di india.

Cubaan tersebut telah dijayakan oleh Richardson dan Cruddas di mumbai yang mana pemilik OnePlus 6T dan ahli komuniti telah berkumpul.

Cubaan tersebut menyaksikan seramai 559 orang unboving telefon mereka buat kali pertama yang merupakan paling ramai yang telah dilakukan buat masa ini.

Cubaan ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang erat di antara syarikat dan pengguna. Syarikat tersebut telah menjemput ratusan peminat pada pelancaran OnePlus 6T pada 31 Oktober yang lalu yang mana penggunjung boleh merasai pengalaman menghadiri majlis itu, melihat sendiri peranti tersebut, dan juga melepak bersama pekerja OnePlus.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here