Nubia Red Magic Mars Rasmi Dengan Snapdragon 845, Pilihan Memori Sehingga 10GB RAM

562
**********

Nubia akhirnya muncul dengan versi terbaru peranti pintar memfokuskan permainan mudah alih iaitu Nubia Red Magic Mars. Ianya hadir dengan cip snapdragon 845 selain turut menawarkan pilihan memori sehingga 10GB RAM.

Lebih menarik, versi terbaharu ini hadir dengan dua butang kawalan di bahagian sisi untuk kegunaan ketika bermain sekaligus memberi pengalaman permainan yang lebih baik.

Dari segi spesifikasi asas yang lain, Nubia Red Magic Mars dilengkapi dengan paparan skrin bersaiz 6” IPS LCD FHD+, bateri berkapasiti 3,800 mAh (melalui USB Type-C) dengan sokongan pengecasan pantas Neocharge 16W dan kamera utama berlensa tunggal 16MP (f/1.8). Kamera swafotonya pula beresolusi 8MP (f/1.8).

Selain itu, terdapat juga sistem lampu RGB pada panel belakang selain, dua pembesar suara stereo dengan sokongan audio DTS 7.1 pula di bahagian hadapan. Tidak ketinggalan, ianya juga hadir dengan sistem penyejukan ICE yang disertakan dua paip penyejuk bagi memastikan telefon pintar kekal sejuk ketika bermain.

Tersedia dalam dua warna berbeza iaitu Meteorite Black dan Red Flame, Nubia Red Magic Mars kini ditawarkan di pasaran China pada harga berikut :

  • RMB 2,699 (kira-kira RM 1630) untuk versi 6GB + 64GB
  • RMB 3,199 (kira-kira RM1,932) untuk versi 8GB + 128GB
  • RMB 3,999 (kira-kira RM 2,415) untuk versi 10GB + 256GB

[SUMBER]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here