Nokia 5.1 Plus Kini Rasmi Di Bawah Tawaran Harga RM899

166
**********

Nokia 5.1 Plus yang telah diperkenalkan buat pertama kalinya oleh HMD Global pada penghujung September lalu, kini secara rasminya telah mengumumkan peranti ini boleh didapati mulai sekarang pada harga jualan RM899.

Nokia 5.1 Plus dikuasakan oleh cip pemproses MediaTek Helio P60 Octa-core di bawah sistem operasi Android Oreo, mempunyai 3GB RAM dan 32GB ROM yang storan dalaman masih boleh diperluaskan dengan kad microSD sebesar 400GB. Paparan skrin adalah 5.8 inci HD+, menyokong dwi kamera utama 13MP + 5MP dengan penstabil video elektronik memastikan rakaman video yang lebih stabil dan tajam dan banyak lagi spesifikasi terkini.

Nokia 5.1 Plus tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Gloss Black dan Gloss Midnight Blue, pakej bundle eksklusif termasuk sebuah beg galas, pelindung skrin tempered glass dan sarung pelindung bernilai RM200. Selain itu, kedai atas talian rasmi Nokia di Lazada juga menawarkan harga istimewa RM809 bagi tempoh yang terhad, sementara stok masih ada.

 

Baca Juga:

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here