**********

Sebelum ini kami ada berkongsi dengan ada mengenai kemas kini terbaru WhatsApp yang menawarkan fungsi Stickers. Ada yang tidak suka dengan Stickers yang disediakan oleh WhatsApp ini?

Teringin untuk membuat pelekat mengikut kreativiti korang sendiri? Meh baca tutorial dari kami ini…

Langkah-langkah:

1) Muat turun aplikasi Background Eraser dan Personal Stickers for WhatsApp.

2) Buka aplikasi Background Eraser dan pilih gambar hendak dijadikan pelekat.

3) Crop dan padam latar belakang.

4) Setelah siap, klik Save untuk menyimpan gambar.

5) Kemudian buka pula aplikasi Personal Stickers for WhatsApp. Gambar yang telah siap di edit akan dipaparkan.

INFO : Anda perlu edit sekurang-kurangnya tiga keping gambar!

6) Tekan butang ‘Add’ dan anda kini boleh menggunakan pelekat dengan wajah pada perbualan di WhatsApp.

“Selamat mencuba”

Baca juga : 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here