Miliki Huawei Siri Mate 20 & Nikmati Ganjaran Menarik Sehingga RM 10,000

134
**********

Bagi terus mengukuhkan statusnya sebagai telefon pintar yang terbaik pada tahun ini, Huawei berbesar hati menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif untuk para pengguna dengan setiap pembelian Siri Huawei Mate 20.

Difahamkan, Huawei telahpun bekerjasama dengan sejumlah jenama terkenal seperti Sheraton Imperial Kuala Lumpur, Auto Bavaria Malaysia Airlines, CARS International, Aerocentric, Los Flowerpeckers, Atlas Gourmet, Watches of Switerland, Club 21, Gintel, Palm Garden Golf Club, dan Maxis bagi memberikan ganjaran terbaik buat semua pengguna Siri Huawei Mate 20.

Antara ganjaran menarik tersebut termasuklah :

  • Diskaun 20% untuk bufet, menu a la carte dan kadar bilik yang sedia ada di Sheraton Imperial Kuala Lumpur
  • Diskaun sehingga RM 7,000 untuk sebarang pembelian dari Auto Bavaria
  • 3 hari sesi percuma di Fitness First
  • Akses eksklusif percuma sehingga 3 kali setahun di Plaza Premium Lounge.

Bagaimana Cara Untuk Nikmati Ganjaran Tersebut? Mudah sahaja….

Setelah membeli Siri Huawei Mate 20, secara automatik pengguna akan berdaftar menjadi ahli VIP Mate 20.

Kemudian, dengan mengimbas kod QR di mana-mana kedai konsep Huawei dan muat turun aplikasi VIP Huawei di Google Play atau Huawei AppGallery, pengguna hanya perlu mendaftar apabila memasuki halaman VIP.

Selesai mendaftar, kini anda boleh nikmati keistimewaan tersebut yang mana menawarkan peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM 10,000.

Jadi, jangan lupa muat turun aplikasi VIP Huawei dan jadi ahli Mate 20 hari ini untuk menikmati lebih banyak keistimewaan! Untuk maklumat lanjut sila layari Facebook Huawei.

Baca juga : 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here