Maxis Meluaskan Rangkaian Fiber Kediaman Di Perbandaran twentyfive.7 Gamuda Land

432

 

Maxis dan Gamuda Land telah menandatangani perjanjian perkhidmatan bagi penyediaan dan penggunaan infrastruktur rangkaian dan perkhidmatan kepada salah satu pembangunan perbandaran utama Gamuda Land, twentyfive.7, yang terletak di Kota Kemuning, Shah Alam.

Menerusi Perjanjian itu, telah berjaya diselesaikan selepas proses penilaian pasaran kompetitif oleh Gamuda Land. ia adalah sebahagian daripada pelaburan bersama Maxis dengan pemaju hartanah negara dalam menyediakan sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi ke kediaman melalui rangkaian fiber yang dibinanya sendiri.

Menerusi perjanjian tersebut, setiap daripada 279 kediaman di Fasa 1A & 1B serta 596 unit The Amber Residence di twentyfive.7 akan dilengkapi dengan pelan fiber MaxisONE Home yang disesuaikan dengan kelajuan sehingga 300Mbps. Penghuni rumah tersebut akan menikmati pengalaman yang terbaik menerusi proposisi ‘Sentiasa Terhubung’ dengan tawaran tetap dan rangkaian 4G terkemuka industri Maxis bagi liputan mudah alih, yang membolehkan mereka menikmati penstriman resolusi tinggi, penggunaan peranti serentak, permainan tanpa gangguan, panggilan video lancar dan lebih lagi apabila mereka berpindah ke kediaman baharu mereka.

Pelan ini juga menawarkan akses iFlix tanpa had di rumah dan mudah alih, panggilan domestik percuma tanpa had ke semua telefon mudah alih dan talian tetap serta telefon DECT, adalah percuma untuk para penghuni selama dua tahun dari masa ia diaktifkan, dengan ihsan Gamuda Land.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Robert Nason berkata kerjasama ini pastinya akan menawarkan perkhidmatan internet yang hebat.

“Pengguna hari ini mengharapkan penyelesaian sambungan yang menyeluruh selaras dengan gaya hidup mereka yang semakin digital. Kami gembira dapat bekerjasama secara strategik dengan Gamuda Land untuk menawarkan pengalaman Internet yang hebat, yang disokong oleh rangkaian fiber berkelajuan tinggi kami yang maju. Kami menghargai keyakinanan dan kepercayaan mereka terhadap Maxis.

“Kami akan terus melabur dalam mengakses rangkaian fiber sedia ada di Malaysia dan membinanya sendiri di mana mungkin. Selain daripada sambungan, kami juga akan bekerjasama dengan Gamuda Land secara jangka panjang untuk inisiatif penciptaan bersama serta menyediakan penyelesaian yang dapat meningkatkan bukan sahaja kediaman, tetapi seluruh komuniti,” katanya.

Twentyfive.7 adalah perbandaran pembangunan bersepadu bercampur seluas 257 ekar, yang terletak di Kota Kemuning, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM4.2 bilion.

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai jalur lebar fiber Maxis, layari  laman sesawang Maxis . Bagi mendapatkan informasi mengenai twentyfive.7, layari Gamuda Land atau kunjungi Galeri Jualan twentyfive.7 dan Lounge Pengalaman Gamuda Land yang baharu dibuka di Pelangi Avenue, Klang atau hubungi 03-27277565.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here