Lenovo Perkenal 3 Model Terbaharu Siri Lenovo Yoga

Lenovo (HKSE: 992) (ADR: LNVGY) yang merupakan peneraju bagi pembuatan PC utama dunia, telah mengumumkan 3 model terbaharu iaitu Lenovo Yoga S730, Yoga C930 dan Yoga Book C930. Produk ini merupakan sebahagian daripada pemfokusan semula siri YOGA.

Berikut merupakan spesifikasi ringkas ketiga-tiga model ini.


Lenovo Yoga S730

  • Dihasilkan daripada aluminium premium dan hanya 11.9mm dengan berat 1.2kg. Apa yang lebih menarik, ini merupakan komputer riba paling nipis pada ketika ini.
  • Menawarkan jangka hayat bateri selama 12 jam dan pengecasan pantas sehingga 80% dalam masa sejam).
  • Dilengkapi dengan generasi ke-8 Intel® Core™ i7 processor yang menawarkan sehingga 40% prestasi yang baik berbanding model yang terdahulu. Ia juga membenarkan pengguna melakukan multitasking.
  • Harga : Bermula dari RM3,859 (termasuk SST). Boleh di beli secara atas talian dan dimana-mana cawangan Lenovo seluruh negara pada 1 Disember 2018.

Lenovo Yoga C930

  • Dilengkapi dengan Rotating Sound Bar yang pertama dengan disertakan Dolby Atmos® Speaker System yang memberikan bunyi yang menakjubkan.
  • Disertakan dengan kejelasan 4K dengan ultra-vivid imaging dari Dolby Vision™ yang akan membawakan paparan imej yang mempersona.
  • Dihasilkan daripada aluminium premium.
  • Turut menyediakan garaged pen yang boleh diletakkan di chassis.
  • Harga: Bermua dari RM6,044 (termasuk SST). Kini boleh didapati dari atas talian atas.


Lenovo Yoga Book C930

  • Dilengkapi dengan paparan Quad High Definition (QHD) dengan paparan pelbagai fungsi E ink yang boleh digunakan sebagai papan kekunci, notepad atau reader.
  • Didatangkan bersama Precision Pen dengan 4,096 pressure levels yang boleh mengesan perincian yang kecil dengan ketepatan pinpoint.
  • Mempamerkan pelbagai fungsi guna dengan 360° watchband hinge.
  • Harga akan diumumkan nanti dan dijangka tersedia pada penghujung tahun 2018.


Dalam pada itu, Lenovo telah melaksanakan kerjasama dengan Nerdunit yang merupakan sebuah jenama pakaian yang terkemuka. Mereka akan memberikan pelbagai tawaran istimewa kepada para pelanggan.

Peminat dan pelanggan Lenovo dan Nerdunit akan di berikan pelbagai promosi istimewa sebagai sebahagian daripada kerjasama tersebut. Selain itu, akan terdapat pemasangan seni yang melibatkan siri Lenovo Yoga yang terbaharu di kedai Nerdunit di tingkat 5, Pavilion Kuala Lumpur.

bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk- produk daripada Lenovo, bolehlah melayari laman sesawang Lenovo.

 

Baca Juga:

You might also like