‘Legion of Champions III’ Kini Kembali Dengan Hadiah Bernilai Sehingga RM9000

122
**********

Lenovo kini kembali menjayakan pertandingan League Of Legend, “The Leagion Of Champion III”. Pentas akhir Malaysia akan diadakan pada Disember di Battle Arena, Jaya Shopping Centre dengan jumlah hadiah keseluruhan wang tunai bernilai RM9000.

Untuk makluman, pertandingan The Legion of Champions III ini merupakan kali ketiga ia diadakan dan dikendalikan oleh Lenovo dan Garena.

Pusingan Awal atas talian bagi kejuaraan ini akan diadakan pada pertengahan November dan 4 pasukan teratas akan layak ke pusingan akhir. Finalis yang berjaya memenangi pertandingan ini akan mewakili Malaysia di The Legion of Champions III Grand Finals yang bakal diadakan di Bangkok, Thailand pada Januari 2019.

Disamping berpeluang mewakili negara dan bertanding diperingkat antarabangsa, pasukan yang memenangi pertandingan ini akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM5 000. Di tempat kedua dan ketika pula masing-masing akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM3000 dan RM1000.

Bagi sesiapa yang ingin menyertai kejuaraan ini, bolehlah mendaftar dengan klik di sini bermula 1 hingga 18 November 2018.

Kepada para peminat pula, anda juga berpeluang menonton pertandingan akhir yang mana pelbagai aktiviti menarik dan hadiah akan diberikan kepada peminat sepanjang pertandingan tersebut berlangsung.

Kepada peminat Reward Legion yang membeli peranti Legion gaming dari 15 Oktober sehingga 30 Disember 2018 turut berpeluang memenangi percutian untuk 2 orang bernilai RM10,000 dan menonton pertandingan akhir The Legion of Champions III Grand Finals di Bangkok. Apa yang perlu dilakukan adalah kongsikan produk kegemaran Legion dan sebab mengemari produk tersebut beserta resit sah pembelian produk tersebut. hadiah lain seperti Razer Gamestore credit turut boleh dimenangi. Para peminat bolehlah menghantar penyertaan di sini.

Baca juga:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here