Lazada Catat Rekod Baru Pada “Big Sale 11.11”, Lepasi Pencapaian Jualan Tahun Lepas

685
- Iklan -

Platform e-dagang terkemuka, Lazada mencatatkan rekod baharu pada acara beli belah, 11.11 big sale apabila angka yang menunjukkan jualan di seluruh platform tersebut melepasi pencapaian jualan tahun lepas (2017).

Pada acara beli belah yang berlangsung ahad lalu itu, Lazada menyaksikan lebih daripada 3,000 urusan urus niaga berlaku dalam setiap minit. Lebih menarik lagi, #MYLazada1111 menjadi topik utama dalam kalangan pengguna pada hari berkenaan dan dilihat aplikasi mudah alih paling banyak dimuat turun.

Selain itu, Lazada memaklumkan bahawa jualan terbaik adalah daripada kategori Home & Living, Fashion, Health & Beauty, Accessories dan Mother & Baby. Hal ini jelas menunjukkan pembeli kebanyakkannya terdiri daripada golongan wanita.

Tambah Lazada lagi, item pertama yang terjual pada hari berkenaan adalah 11 unit Volkswagen Polo B & W Edition. Tidak ketinggalan, orang ramai turut memanfaatkan jualan terbesar tahun ini dengan membeli 2.7 tan milo, lebih 13,000 telefon pintar bimbit Xiaomi dan lebih 4,5000,000 kepingan lampin.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here