Kerjasama Mah Sing Group Berhad & Lazada Membolehkan Pengguna Membeli Rumah Atas Talian!

568

Mah Sing Group Berhad, pemaju hartanah terkemuka dengan kerjasama Lazada telah menawarkan kemudahan bagi mereka yang ingin membeli rumah secara atas talian, pertama seumpamanya di Malaysia.

Pembeli yang membeli rumah Mah Sing menerusi Lazada akan menerima insentif ekslusif dari Lazada sebanyak 5%. Mah Sing yakin bahawa insentif ini mampu menarik lebih ramai pelanggan yang pintar menggunakan kemudahan digital sepanjang kempen jualan tersebut.

Projek-projek Mah Sing yang akan disenaraikan di Lazada pada 12.12 termasuklah M Vertica, Cheras; M Centura, Sentul; Sensa Residence@Southville City, KL South; M Aruna, Rawang; M Vista, Pulau Pinang; dan Meridin East, Johor. Kepada yang berminat boleh melihat kesemua hartanah ini mulai HARI INI dan boleh dibeli mulai 10 hingga 12 Disember 2018.

Pembeli juga digalakkan untuk menghubungi bank mereka bagi memeriksa kelayakan pinjaman sebelum membuat tempahan unit menerusi Mah Sing Flagship Store di LazMall semasa kempen berlangsung. Lebih menarik, bayaran tempahan akan dikembalikan sepenuhnya jika pembeli membuat keputusan untuk tidak meneruskan pembelian mereka.

Selain itu, Mah Sing turut melancarkan aplikasi mudah alih baharu dipanggil ‘MY Mah Sing’ untuk menjejak keseluruhan proses pemilikan rumah Mah Sing oleh pembeli. Anda boleh muat turun aplikasi ini secara percuma di :

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here