Kempen “AI As The Eyes” Anjuran Huawei, Buktikan Cacat Bukan Penghalang Minat

377

Walaupun keadaan diri tidak sempurna namun ia tidak menjadi halangan kepada wanita berusia 64 tahun ini untuk mengejar minatnya dalam dunia fotografi seperti orang lain.

Jamaliah Mohd Yasin antara salah seorang peserta yang menyertai kempen aktiviti sosial korporat (CSR) anjuran Huawei iaitu “AI as the Eyes” – bertujuan memperkasakan golongan cacat penglihatan dengan kemahiran fotografi menerusi kanta AI berkuasa daripada Huawei P20 Pro.

Sepanjang kempen ini berlangsung, pelbagai pengisian dan aktiviti yang dianjurkan termasuk para peserta diajar mengenai asas-asas cahaya, bayang, bentuk, dan tekstur bagi menangani cabaran dalam menceritakan kisah yang sempurna.

Susulan daripada itu, Jamaliah kini berjaya menawan kecantikan di sekeliling kehidupan seharian menggunakan ciri kamera Triple Leica yang ada pada P20 Pro.

Bukan setakat itu sahaja, bahkan hasil fotografinya menerima pengiktirafan khas untuk Anugerah Fotografi NEXT-IMAGE 2018 dan karyanya juga telah terpilih dipaparkan di acara Paris Photo Paris International Photography Art Exhibition pada 8 hingga 11 November lepas.

Sehubungan itu, Jamaliah berharap kejayaan yang dikecapi hari ini sekaligus membuka mata orang ramai bahawa tiada yang mustahil dalam dunia ini dan cacat bukan satu alasan untuk seseorang berjaya seperti manusia normal.

_________________________________________________________________

Artikel berkaitan:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here